Saturday, April 20, 2013

coretan untuk awak.

awak, 
hati saya sakit, sebab tu saya buat macam tuh, awak pun suka kan kalau saya buat macam tu ? so, tak ada la orang lain nak perasan kan? hehe..antara kita, cuma kita je yang tahu kan. awak dah tak nak kan, so buat apa lagi awak nak peduli? saya ada hak, awak terasa ke? 


nak tahu tak?
saya lagi sakit hati nak buat macam tu kat awak, tapi saya biarkan je, saya biarkan saya buat macam tu dan sampai sekarang saya ingat..
saya butakan mata, saya pekakkan telinga, saya bisukan mulut.
saya nak je langkah dan terus melangkahkan kaki menuju pada awak, tapi saya tak mampu.
saya nak je lihat dan pandang awak puas-puas, tapi saya ego, saya tak nak awak nampak kelemahan saya.
saya nak tegur awak,  saya saya beratkan mulut, kuncikan mulut untuk berkata-kata. saya nak awak tegur dulu..tapi?? *kecewa*
saya nak awak mulakan dulu segala-galanya, tapi langsung tak ada kan? kalaulah awak mulakan dulu,semuanya akan terjawab, tapi malangnya tidak. awak tetap keras hati. macam mana saya nak tau kalau awak tak bagitahu. macam mana saya tak fikir bukan-bukan kalau awak terus menerus diam. awak buat saya tertanya-tanya, awak tinggalkan saya dengan 1001 pertanyaan.
saya pergi hari tuh sebab saya nak jumpa awak. 

awak masih sayangkan saya?
awak masih cintakan saya?
siapa saya pada awak?

tolong jawab, saya nak tahu?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...