Friday, August 3, 2012

Dia merindui kepergian mereka



Dah nak masuk seminggu, mereka tinggalkan kami.. ^.^.. apapun, kami terima dengan reda walaupun berat hati nak dibiarkan jauh. Tawa, senyuman dan tangisan si kecil tetap dirinduinya. Ermm.. macam mana perasaan  dia, macam tu la aq dapat rasa kesedihan dalam hatinya. Macam mana rasa amarahnya, macam tu la aq terasa dalam diri aq. Sanggup mereka buat macam ni, hanya kerana perangai yang mementingkan diri sendiri. kalaulah dari awal lagi semua ni takkan terjadi.  Mereka membawa pergi bersama kerinduan di hati seorang nenek kepada anak dan cucunya.  Walau macam mana marahnya dia, sedihnya dia, riak wajahnya jelas menggambarkan semua tuh.  Dalam hati aq, sedikit demi sedikit menyimpan dendam, dan sedikit demi sedikit rasa marah semakin bertambah. Tak dapat aq bayangkan macam mana kalau aq brada di tempatnya. Ya Allah. Aq amat menyayanginya. Dialah nyawa aq, segala-galanya bagi aq. Namun masa ni, aq tak mampu nak buat apa-apa, aq hanya mampu berada disampingnya. Membuat dirinya gembira.



Apa yang aq tahu, tiap-tiap hari dia menunggu kedatangannya. Walapun mereka datang sekejap, cukuplah untuk mengubat rindu di hati. Walaupun dah tak sama macam sebelumnya. Tanggapannya pada yang dah pergi tetap sama. Aq faham apa yang dia rasa walaupun sedikit. insyaAllah, aq akan berusaha untuk membahagiakannya. Kerana itulah tanggungjawab aq yang perlu aq laksanakan sejak aq dibawah jagaannya dari dulu , sehinggalah sekarang dan untuk selamanya. Ya Allah, kuatkanlah semangatnya, tabahkan hatinya, ampunkan segala dosanya dan izinkan aq membahagiakannya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...