Wednesday, April 18, 2012

luahan hati

aq taklah sekuat yang macam yang semua orang fikirkan. mungkin dari sudut pandangan semua, aq nampak happy, mimik muka aq gembira. tapi dalam  hati tak siapa tahu. ada ombak yang selalu bergelora. tak semua yang kita jangkakan akan bai-baik saja. itulah lumrah kehidupan.

saat aq dalam keresahan, ketenangan jiwa aq tergugat, tak semua aq boleh buat untuk meneutralkan balik semuanya. saat terluka, tiada kawan yang membantu, tiada yang sudi menemani. tangisan sendiri aq ubat sendiri, tak siapa yang tahu. namun disaat aq memerlukan tak semua meluangkan masa untuk aq.. itu ke sahabat? sukarnya nak cari sahabat sejati yang sentiasa ada disisi. Ya Allah, tapi aq sedar, setelah banyak kali aq fikirkan, TUHAN sentiasa ada. aq takkan bersedih dan nyatakan kesedihan pada orang tersayang, nanti dia akan risau, aq takkan yang jauh risaukan aq. biarlah aq sendiri.

kata teman aq, kalau tiada yang sudi menemani dikala aq sedih, dikala aq dalam kesusahan, just delete kawan tu dari friendlist, and set in my mind 'i hate him/her.... boleh ke macam tu? mungkin takda guannya kawan macam tu, hanya menemani dikala suka tapi tiada dikala duka. memang betul tapi apakan daya aq nak membenci orang sedangkan aq tak tahu ada juga orang diluar sana yang membenci aq.

kata bestfriend aq yag sorang lagi pula, tak boleh nak benci seseorang, mane leh, kita tak hidup untuk membenci orang, Tuhan anugerahkan hati untuk jaga sebaik-baiknya. ok.. cuba untuk jangan ambil tahu pasal semua tu, biar orang nak benci kita, semua tu ada hikmahnya. TUhan maha adil.

ketabahan mengajar kita erti kehidupan. percayalah Dia takkan letakkan ujian tak setaraf dengan kita. aq dekatkan diri dengan Tuhan, jiwa aq akan tenang. aq ingatkan keluarga, insyaAllah, impian akan aq capai. aq ingatkan teman, insyaAllah, inspirasi aq.

"Ya ALlah Ya Tuhanku, aq memohon keampunan dari segala kesalahan aq, kesalahan kedua ibubapaku,  tenangkanlah aq aq, tabahkanlah hati aq untuk menempuh segala ujian dan dugaan dariMu, kuatkan semangat aq, ingatkan aq selalu tentangMu dan tentang keluargaku, jagalah hati aq dari terpesong, dari hasutan syaitan, amiin "

1 comment:

  1. wa, i know ang kuat.. and ang kena kuat uutk abeskan dip ang.. u can dear..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...