Wednesday, April 18, 2012

Final is around the corner

Bismillahirrahmanirrahim

alamak..! Final tak sampai pun seminggu, tapi aq masih terkial-kial macam ni. hehehe.. belum bersedia? doakan aq ye guys. and dikesempatan ini aq nak mohon ampun dan maaf kalau ada salah silap aq secara sengaja or tak sengaja. maklumlah, manusia tak pernah nak lari dari kesilapan. and aq jugak doakan semua kawan-kawan aq yang akan menduduki exam. GUD LUCK for all..gambata kumbawa!!  hurm..di saat ini juga, pada hari ini  aq maafkan semua keslahan kawan-kawan aq pada aq semua. kat mak abah nenek atok, thx for u all punyer restu yer. i will do my best, granny.

final start 23 April 2012. Pray for me ye guys. and lets start study. btw, this is my last semester here, insyaallh.. i will do the best.

*and for my partner, gud luck dear, kite sama-sama usaha untuk dapatkan yang terbaik, i will pray for ur success too. hehehe... 

luahan hati

aq taklah sekuat yang macam yang semua orang fikirkan. mungkin dari sudut pandangan semua, aq nampak happy, mimik muka aq gembira. tapi dalam  hati tak siapa tahu. ada ombak yang selalu bergelora. tak semua yang kita jangkakan akan bai-baik saja. itulah lumrah kehidupan.

saat aq dalam keresahan, ketenangan jiwa aq tergugat, tak semua aq boleh buat untuk meneutralkan balik semuanya. saat terluka, tiada kawan yang membantu, tiada yang sudi menemani. tangisan sendiri aq ubat sendiri, tak siapa yang tahu. namun disaat aq memerlukan tak semua meluangkan masa untuk aq.. itu ke sahabat? sukarnya nak cari sahabat sejati yang sentiasa ada disisi. Ya Allah, tapi aq sedar, setelah banyak kali aq fikirkan, TUHAN sentiasa ada. aq takkan bersedih dan nyatakan kesedihan pada orang tersayang, nanti dia akan risau, aq takkan yang jauh risaukan aq. biarlah aq sendiri.

kata teman aq, kalau tiada yang sudi menemani dikala aq sedih, dikala aq dalam kesusahan, just delete kawan tu dari friendlist, and set in my mind 'i hate him/her.... boleh ke macam tu? mungkin takda guannya kawan macam tu, hanya menemani dikala suka tapi tiada dikala duka. memang betul tapi apakan daya aq nak membenci orang sedangkan aq tak tahu ada juga orang diluar sana yang membenci aq.

kata bestfriend aq yag sorang lagi pula, tak boleh nak benci seseorang, mane leh, kita tak hidup untuk membenci orang, Tuhan anugerahkan hati untuk jaga sebaik-baiknya. ok.. cuba untuk jangan ambil tahu pasal semua tu, biar orang nak benci kita, semua tu ada hikmahnya. TUhan maha adil.

ketabahan mengajar kita erti kehidupan. percayalah Dia takkan letakkan ujian tak setaraf dengan kita. aq dekatkan diri dengan Tuhan, jiwa aq akan tenang. aq ingatkan keluarga, insyaAllah, impian akan aq capai. aq ingatkan teman, insyaAllah, inspirasi aq.

"Ya ALlah Ya Tuhanku, aq memohon keampunan dari segala kesalahan aq, kesalahan kedua ibubapaku,  tenangkanlah aq aq, tabahkanlah hati aq untuk menempuh segala ujian dan dugaan dariMu, kuatkan semangat aq, ingatkan aq selalu tentangMu dan tentang keluargaku, jagalah hati aq dari terpesong, dari hasutan syaitan, amiin "

Thursday, April 12, 2012

Ya Allah..Permudahkanlah urusan ku

ya Allah ya Tuhanku.... saat ini, hambamu terasa beban yang teramat berat perlu dipukul. ampunkan aku ya Allah, kerana mengeluh  atas dugaan ini.. banyak yang aq perlu lalui.. sakitnya hati ini, penatnya diri ini, terlukanya perasaan ini. ampunkan aq..

Takziah atas pemergian Atok Saudara aq (pakcu), telah meninggalkan kami, dan menemuiNya di alam sana. sayu hati tak dapat tatap jenazahnya di saat terakhir... T.T macam ni lah hidup di perantauan.. nenek aq lak sakit sakit da sekarang, takutnya....toLonglah jaga kesihatan, panjangkanla umur nenek aq dan ahli keluargaku yang lain, tanpa mereka siapalah aq dalam dunia ni. Ya Allah, aq tak kuat, hati ni tak tenang terkenangkan nenek aq tersayang sakit... dia dah tua, memang la sakit, tapi apa yang kita rasa bila orang yang paling sayang tak sihat? aq sentiasa berdoa agar sentiasa sihat.. huhu... aq rindu dia... ampunkan segala dosaku nek....

beban lagi bagi aq, perkara banyak belum diselesaikan.. dah hampir selesai, tinggal beberapa hari je lagi.. permudahkanlah urusan dunia aq ya Allah... sibuknya aq...

aq hanya ingin diriku dihargai.. terasa ingin dihargai, walaupun hanya seketika.. please..dun hurt me.. =( aq taknak terluka lagi.... =( aq tak nak benda yang dah berlaku, berulang kembali... Ya Allah, tabahkanlah hati aq.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...