Wednesday, December 19, 2012

Coretan mimpiku buatmu



Ku bermimpi dikau kembali, wajah tenang kau berkata ‘sayang, aku cinta’
Merintih perasaan ini tiada kata mampu kuungkap tiada yang mengerti…

Duhai kasih, aku amat merinduimu..
Semalam hanyalah mimpi, ku bertemu dirimu
Tiada kata yang mampu ku ungkap Cuma kata rindu
Duhai kekasih, terima kasih
Mimpi itu cukup membahagiakan, mampu membuatku tersenyum.

Wahai mimpi, singkatnya kau muncul
Jikalau aku akan bahagia di dalam mimpi itu,
aku rela tidak bangun untuk selamanya
hanya untuk berada di alam mimpi itu..
aq cukup bahagia..


kau bawaku ke masa itu, kedua orang tuamu gembira akan kehadiranku.
Wajah kau tenang, setenang air mengalir.
Begitu juga diriku, ketenanganku terpapar diraut wajahku saat melihat dirimu.
Kau temukanku dengan keluargamu,
Kau eratkan hubungan aku dan dirimu.

Mimpi itu, terlalu singkat
Disaatku terjaga, senyuman mengukir di wajah
Duhai Tuhan, aku terasa kebahagiaan itu
Adakah ia akan menjadi realiti??

Wahai Tuhan, satukanlah kami jika itu jodoh dan takdir kami,
Duhai Tuhan, berapa lama pun penantian yang harus aku tempuhi,
aku rela, jika aku dan dia ditakdirkan bersama
Akanku simpan rasa ini setia selamanya di hati kecil ini
Akanku simpan rasa cinta, kasih dan sayang ini untuk kau yang halal bagiku.
Dan jadikanlah aku yang halal buatku wahai kekasihku.

18dis2012

Monday, December 17, 2012

hai kawan-kawan!!

assalamualaikum.. 

*this is my lovely friend*


waaahh..lmenyeerr tak 'hupdate' blog ni.. dabanyak sawang da pon..hihi.. 
labah-labah pun macam nak buat sarang kali ke dua da..haha
hai kawan-kawan. banyak nak diceritakan, soal suka duka..semua ada. tak dapat nak dileraikan dengan kata-kata. Ya Allah..btw, keep on going by reading my blog ok. ^.^ share your story with me yer.. insyaAllah, saya akan baca.! keep in touch..

Saturday, September 8, 2012

Apa salahnya cuba sesuatu yang baru


Bila dah selalu berkunjung ke tempat orang rasa, diri ini terasa ingin berdikari. Ingin mengerti akan kehidupan di luar sana, inginkan cabaran. Nak rasa jauh dari semua semak samun di kepala. Aq nak rasa cabaran itu, nak rasa bagaimana hidup berdikari. Usaha sendiri.  Ingin rasa kehidupan sebagai remaja yang pandai berdikari. Ya Allah. Tidak semua manusia dapat hidup tabah dalam keadaan dunia yang sebegini rupa. Dan tak semua manusia dapat bertahan setahan-tahannya dalam pentas dunia ini. Tapi bagi aq, aq nak cuba harunginya walaupun pahit.

Cerita aq sekarang, I had joined a new game. Hihihi.. Tarung derajat.. do you all know that? Ok. Ni game yang macam we combined other self defense and then jadi satu. Tarung derajat, di mana dalam game ni, semua atlet dari taekwando, karate muay thai or silat can join.  I don’t know too much about it. Tapi aq boleh lah belajar and go on with it slowly. Hehe.. tanpa aq perasan, rupa-rupanya I’ve fall in love to this game. Hehe. Makin lama makin rasa ingin mencuba. Apa salahnya aq try, insyaallah.

Pasal this new sport, I cant tell much about it, sebab aq pun tak tahu sangat, even im the first with my other member yang join this in Malaysia. Tapi aq baru je nak maen sport ni, dan baru nak masuk bertanding.

Baru-baru ni kami ada join satu game, game pemilihan yang bertempat di kompleks sukan dan belia kat kuantan Pahang.


Ni antara ahli team tarung derajat Pahang



After game, we got medal. This our team

After game, we enjoy and celebrate
Went to Panching.. mandi manda

Lepas ni, kami akan ke seremban, negeri Sembilan untuk ke pemilihan fasa 2. Hope we will win,. Wish all of us luck yer. 

Friday, August 3, 2012

Dia merindui kepergian mereka



Dah nak masuk seminggu, mereka tinggalkan kami.. ^.^.. apapun, kami terima dengan reda walaupun berat hati nak dibiarkan jauh. Tawa, senyuman dan tangisan si kecil tetap dirinduinya. Ermm.. macam mana perasaan  dia, macam tu la aq dapat rasa kesedihan dalam hatinya. Macam mana rasa amarahnya, macam tu la aq terasa dalam diri aq. Sanggup mereka buat macam ni, hanya kerana perangai yang mementingkan diri sendiri. kalaulah dari awal lagi semua ni takkan terjadi.  Mereka membawa pergi bersama kerinduan di hati seorang nenek kepada anak dan cucunya.  Walau macam mana marahnya dia, sedihnya dia, riak wajahnya jelas menggambarkan semua tuh.  Dalam hati aq, sedikit demi sedikit menyimpan dendam, dan sedikit demi sedikit rasa marah semakin bertambah. Tak dapat aq bayangkan macam mana kalau aq brada di tempatnya. Ya Allah. Aq amat menyayanginya. Dialah nyawa aq, segala-galanya bagi aq. Namun masa ni, aq tak mampu nak buat apa-apa, aq hanya mampu berada disampingnya. Membuat dirinya gembira.



Apa yang aq tahu, tiap-tiap hari dia menunggu kedatangannya. Walapun mereka datang sekejap, cukuplah untuk mengubat rindu di hati. Walaupun dah tak sama macam sebelumnya. Tanggapannya pada yang dah pergi tetap sama. Aq faham apa yang dia rasa walaupun sedikit. insyaAllah, aq akan berusaha untuk membahagiakannya. Kerana itulah tanggungjawab aq yang perlu aq laksanakan sejak aq dibawah jagaannya dari dulu , sehinggalah sekarang dan untuk selamanya. Ya Allah, kuatkanlah semangatnya, tabahkan hatinya, ampunkan segala dosanya dan izinkan aq membahagiakannya.


Friday, July 20, 2012

wahai cinta

assalamualaikum...

assalamualaikum. wahai cinta saya. ^.^... kamu tetap di hati walau dimana bumi saya pijak.

tengok menu makanan, tapi di fikiran, hanya awak

saya akan setia selagi saya masih bernafas. awak mengajar saya erti setia.  mungkin semuanya da hikmah. insyaallah. berapa banyak pun manusia yang saya kenal, tak kan sesekali saya lupa tentang yang satu. walau berapa ramai kaum adam yang saya kenal, hanya seorang yang mampu berada di setiap doa saya.  walau dimana saya berada, bila saya pandang langit, saya tahu, awak juga pandang langit yang sama... ^.^ keep in touch ye my sayang... 

setiap gambar ada ceritanya


selesai sudah tirai sukma.... tapi aq post lewat..hehe..tak peee laa..  hurm... banyak kan yang kami dapat, banyak juga yang aq dapat sepanjang 10 hari aq berkampung di sana. Hotel Jelai Temerloh, Pahang..


Hotel Jelai Temerloh


berkumpul dengan kawan-kawan memang moment paling best. tambah lagi kawan yang baru kenal sepanjang aq kat sana. ehemmm...! ok. dapat lagi kenalan walaupun tak seberapa, harap akan jumpa lagi di masa akan datang.


sepanjang bertugas

hari hari terakhir 
tugasan sebagai petugas juga memang best, tak la penat sangat tapi janji masyukkk.. hihi..  bestkan bila bersama.


tugas tak dilupak, gambar tetap ada


ermmm... ni masa nak balik. ada yang menitiskan airmata. kesedihan lol.. susah pula nanti nak jumpa


saat nak balik ke kuantan
penutupan pun kami sempat pergi tau..hehehe.. penutupan ni kat stadium Darul Makmur Kuantan Pahang ye..
penutupan sukma
namun setiap pertemuan akan adanya perpisahan. banyak yang kami lalui sebelum dan semasanya. akan aq kenang semuanya menjadi memori indah aq di hati ini wahai kawan. Jumpa lagi di masa akan datang. 

Friday, July 6, 2012

its so hurt here

awak, saya sekarang kat temerloh, now stay at Hotel Jelai.. ^.^, just want to tell you through this..hihi. biarlah even you tak baca pon my entry kan. =). coz i dun know how to tell you through alat2 zaman moden masa kini. saya malas nak cakap sorang-sorang and better saya tulis je dalam ni.

why i am always remember you? still can't forget about you. aiyyooo.. so hurt lol.. but i still have my pateince. =).. opps...! its mean, i dont care too much about my hurt feeling..hihihi.. hey u, sorry, if aq cakap sorang sorang and taip entry yang mengarut yang tak tentu pasal. Ya Allah! i miss him a lot. forgive me., itu dosa aq, merindui insan bukan muhrim aq kan. Astaghfirullahalazimm... but through this, aq can throw all my feeling. not all, some of them.

its so hurt here

Allah tak pernah tinggalkan kita walau sesaat, namun orang yag kita cintai akan tinggalkan kita.......

Wednesday, July 4, 2012

kisah pejabat tanah


Kisah pejabat tanah

Asslamualaikum.. ^.^ cerita ni tak da kaitan dengan yang mana hidup mahupun yang telah tiada..harap maklum ye..hehehe…

Sehari sebelum

Nenek : da lama atok kamu nak pergi uruskan hal tanah dia, pegila pejabat tanah tu ngan dia. Settlekan semua. Senang.. kesiann..

Cucu : urm… nantila nak piker dulu. Tapi boleh jah.

Hari ini

Nenek : bangunnnn! Bangunn!
Terus buka pintu bilik, ternampak dah bangun rupanya, tengah solat. Hehehe

Cucu : tektoktektok
bunyi tekan mesej cakap kat kakak nak pergi hantar dia keje sebab nak guna motornyaaa

aq bersiap sedia nak pergi hanta kakakku kerja, niat di hati nak guna motor, maklumlah, kami orang susah, kenderaan tak da sangat, harapkan nak guna kereta ‘bapak saudara’ urmm.. harammmmm..  tunggula aq beli kereta aq sendiri, satu persatu aku akan ingat semuanya.

Pergi je hantar kakak, aq terus balik ke rumah, nak ambil atok pergi ke pajabat tanah yang di katakannya.

Aq ngan atok
Dalam perjalanan

Jauhnya, atok aq bawak pusing bandar tumpat la kononnya, pusing dan pusing sampailah kami ke destinasi.
Sesampainya kami, atok aq terus turun dari motor. dengan helmetnya yang tak ditanggalkan lagi terus dia  menegur tiga orang pakcik/abang yang tengah buat pondok kecil sebelah pejabat tersebut.

Cucu : eh, mane atok aq nie? (dalam hati)

Atok : watgapo tuh? Comey wakaf demo buat deh. Hahahaha (gaya warga tua gelak)
Sedang menegur 3pakcik/abang di sana

Nak tergelak besar aq, namun kutahankan saja.

Cucu : adesssss! Malunyeeee (kututup muka ngan tangan and pura-pura tak tahu pape) phewww…

Dia kenal ke pegi tegur orang kat situ, macam tak je. Aq Nampak dorang pun terkebil-kebil bila ditegur atok aq.. hahhaha

Cucu : tok kenal ke dorang tuh?

Atok : umph! Sumo orang sini atok kenal blako eh.. hahahah!  (berlagak kenal, padahal langsung tak)

Helmet belom tanggal lagi, aq yang kena tolong bukakkan..hahah.. lawak suasana,


 


Kami terus jalan masuk ke dalam pejabat tersebut.

Pembantu tadbir panggil.

Cucu : saya nak serah geran tanah ni.

PT : ok. Encik ni pemilik tanah ni?

Atok:  ye sayo.

PT : siapa ni? Anak ke?

Atok : eh, tak la, cucu saye ni. ………(diam seketika) eh, ni cucu angkat saya.

Cucu : eh, nape oyap gitu? Cucu la..

Atok : tok takut dia ada nak wat pape jah. Mane la tahu. (da start nak piker bukan-bukan)

Aq gelak sendirian.hahha..ada lagi macam ni ye, tak da apa yang nak ditakutkan dah sekarang.
Setelah selesai. Kami keluar. PT sempat ambil no fon aq kalau ada pape urusan nanti.

Atok aq berjalan dan bilaje sampai tempat parking moto. Secepat mungkin…dia..

Atok : oitt!! (dengan lantangnya) guane terr? Hahahha!

Terkejut aq. Sempat lagi dia g tegur dorang yang tadi. Adessss… peramah betollah atok aq. Kesian, dorang baru je kenal beberapa minit tadi. Hahhaha.. adesss… agak lama dornag berbual. Sampai aq naik malu, maklumlah, tak kenal sangat. Hahaha.. apelaaa atok aq. Tapi aq tahankan je rasa nak gelak besar aq ni kat umah.

Dalam perjalanan balik

Bila aq tengok jalan nak balik, rupa-rupanya, just jalan terus je, tapi sebelum datang kami kena pusing dulu. Aik?!! Rupanya atok aq masa first nak datang dia bawak aq pusing tempat jauh. Adessss…

Tamat. 02 jul 2012


masihkah aq dihatinya lagi??

masihkah aq dihatinya lagi??

Friday, June 22, 2012

Hidup takkan indah jika tiada masa lalu


Kenapa bila aq tengok, aq rasa jealous?  Am I not happy with his happiness  now? And why im still being a stalker to stalk about his life now? He’s nothing to you right now. Just forget about him.


Biarlah dia bahagia dengan hidup dia,  dan aq di sini think about my future. For what can I observe now, kita akan terasa cemburu dengan ‘ex’ kita bila diorang semua bahagia dengan teman masing-masing sedangkan kita di sini masih lagi terkapai-kapai mencari mana kebahagiaan tuh.  Kebahagiaan takkan datang bergolek, dia akan datang selepas dugaan yang melanda datang sebagai ujian. Kesakitan akan mendahului daripada kebahagiaan. Sabarlah duhai hati, tak semua yang kita impikan akan tercapai. Tapi insyaallah kalau kita sabar dan terus berusaha, impian akan jadi impian suatu hari nanti.

Hati kamu akan sakit,sebab ramai yang akan menyakitinya nanti. Berterima kasih kepada  mereka, kesakitan tu mengajar kamu erti kehidupan yang sebenar. Even kamu tak sempurna, sabarlah saying, kesempurnaan akan datang suatu hari nanti sebab kamu berhak menerimanya. Dan kepada hati-hati yang terluka, jadikanlah kesakitan itu sebagai pengalaman untuk kamu meneruskan perjalanan untuk menggapai kegembiraan yang kamu impikan.

Kenangan yang lalu akan jadi pemangkin pada kehidupan masa akan datang. Terima kasih awak, apapun tujuan awak datang dalam hidup saya, akan saya hargainya sampai bila-bila.


20/06/12 1:28 am

Saturday, June 16, 2012

salahkah saya?


Salahkah saya mencintai awak sepenuh hati saya? Saya happy sangat-sangat bila saya sedar yang saya dapat balas cinta awak. Tapi saya takut sangat-sangat yang cinta saya akan buat awak pergi dari hidup saya.
 


Saya buang perasaan takut saya untuk mencintai lelaki, dengan menerima awak. Mungkin kali ni akan sukar bagi saya untuk terima selain dari awak dan selepas awak. Itu janji saya.

Tuesday, June 5, 2012

saya g konvo (tengok jerr_)

hye..long time i did not update my blog..huhu..
kalau nak ikutkan hati, memang banyak gile nak tulis, tapi masa tak mengizinkan. internet tak dak la kat umah. ni pun curi keluar g cc..huwaaaaa..!! ceishh...


jalan2 before rehersal


tahniah kawan..! hehe


tahniah gaga


jumpe gengg..hiihi

btw, tahniah pada yang dah konvo minggu lepas. aq pun pergi tengok jugak!! hihihi..

and about my life story, tak ada apa yang boleh meningkatkan prestasi hidup aq..semuanya macam biasa dan semakin membosankan. biasala, duk rumah makan tido tengok tv. tu je keje aq skarang.

about my luv story..hihihihihi... tak tahu nak cakap apa. im just waiting. awak buatla apa yang awak suka, i just boleh tengok dari jauh, dengar dari orang pun tak ada orang yang tahu kan. so keep on going with your life dear. saya takkan mengalah. saya tak tahu apa motif awak. memang awak dah berubah or saya yang berubah saya pon tak tahu. yep, i know that we are not like before. cepatnya masa berlalu dan semua tu pergi ikut masa yang dah berlalu kan. saya akui, that im really2 miss u, but what can i do. there's a lot of things that i want to story for you but, u always did not have time to hear my story. never mind. =(

hey..tak payah nak sedih2..semuanya akan berjalan dengan lancar..kesabaran penting yerr..hehe

Sunday, May 6, 2012

dun make me waiting for the one who run from me

assalamualaikum...this is a love story from a gurl who deserved for it. who always thinking in a positive way and would try for something that she want to.

---
you ask me for my love... hey guy, i'm not ready yet. and i not like you, my love is not for you. but you kept going told me that you really love me, you told everything that i cant tolak you. you luahkan semuanya. (but i dont know whether its true or not). 

dear guy, sincerely i told you that, there's no even a pieces of love that exist in my heart that time. seriously i dont have feeling for you. but u always berusaha, you cakap yang boleh membuatkan hati wanita aq tersentuhh. Ya Allah, did i fell for you?! 
i've said that, dont layan aq macam ni, because i will fall in love with you one day, but u told that 'hey, i'm your friend, just a friend' ok, i accept it. but u kept doing that. hinggakan suatu masa hati aq mula berbunga. tapi u always layan aq, make me 'serabut' please! hati aq mudah jatuh cinta! ouh no..!
one day, when i heard you story (story telling for me.) i beleive that, i must try to love someone that love me whether i dont like him, but i must try. i accept you, and aq yakin aq akan membalasnya. but i dont know, adakah kau jujur dengan semua kata-kata kau tu??? adakah ia hanya satu gurauan dan janji manis kamu?? dan sehinggalah sekarang aq mula berfikir tentang semua tuh. 
before this, aq dah alert kat diri aq, i must not love you so much! because all guy are the same. even you layan aq dingin sekali mana pun, aq tetap terima, sebab sayang tu mengatasi segala-galanya. 
aq percaya 'love someone who loves you first, not u the one' ok..thats why i accept you dear. did you remember before i accept you, i've said that 'ok, i will try to love you, insyaallh..' and now, its really have in my heart.slowly cinta dan sayangitu datang dalam diri aq. sincerely, i love you so much because of Allah, i can accept what the way you are. saya tak perlukan kenangan, or masa silam awak, semua yang awak cakap yang awak are the worst! i dont care about it, cause i know manusia memang tak pernah lari dari kesilapan. 

but know, u make me tertanya-tanya, dalam otak aq penuh 1001 pertanyaan. why dear?? awak dah penat ke layan semua ni? seriously, i tak pernah curang ngan awak. even our relationship baru je,..ur secret adalah satu cabaran untuk saya kenal awk kan? so, slowly i take my responsibility to spy it.  
adakah awak dah penat?? jangan tinggalkan saya dengan seribu petanyaan.....jangan seksa saya macam yang lain seksa hati saya. i dont deserve for that. saya tak minta lebih.

Saturday, May 5, 2012

saya ada awak

kalau saya leh pimpin awak, dah lama saya pimpin tapi, saya tak leh sentuh awak lagi
kalau saya leh peluk awak, dah lama saya peluk tapi awak bukan sah untuk saya lagi
saya hanya mampu melihat awak dengan dua pasang mata saya. 
tolong awak, dengan dua tangan saya, 
saya tak selalu ada disamping awak, tapi ingatlah dihati saya sentiasa ada awak.
saya tak selalu tanya setiap saat awak dimana, tapi saya selalu doakan awak ditempat yang baik-baik
saya tak selalu cakap sayang, sebab saya taknak awak bosan. tapi saya selalu harapkan dari awak, sebab saya tak pernah bosan.

keluarga saya yang pertama, kawan saya yang kedua dan awak yang ketiga. i hope you will be the last one for me, sorry coz u are not the 1st. but for me u are the last. please dont leave me. saya terima awak seadanya.


everytime i miss you, when i miss my parents, surely i will miss u toO. keep on going with your work. how hardworking you with your work, i dont want to disturb, kejarlah selagi awak mampu. but one yang saya pinta, ingat saya sentiasa ada disamping awk kerana Allah utuskan saya untuk menyayangi awak seadanya.

dalam kenangan terpahat dijiwa

tak semua yang kite jangkakan akan berlaku dengan baik, dan tak semua yang baik akan baik-baik sahaja. hanya Tuhan yang tahu. setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya, tapi bukan kita yang tentukan, hanya Tuhan yang tahu. setiap pertemuan pasti akan adanya perpisahan. saatnya dah tiba and slowly passing. Ya Allah, kuatkan semangat aq. aq rindukan saat pertama kali berada disini, jiwa semua bersih dari hasad dengki dan suka duka dikongsi bersama. tapi malangnya bagi aq berakhir tak seperti yang dijangkakan. sayangnya, ungkapan maaf mungkin tak dihargai dan mungkin tidak dapat seseorang menilainya dengan baik. saat perpisahan berlaku, kenangan yang dicipta mula dikenang. suka duka kita kongsi bersama sepanjang tempoh bersama. alangkah bahagianya. 

tapi dalam masa yang sama, sedar atau tak sedar, apa yang kita tak jangka berlaku, berlaku juga. maklumlah semua orang tak sempurna. sayang seribu kali sayang. aq bukan kawan yang mampu memberikan segala-galanya tapi aq hanya mampu memberikan apa yang termampu sahaja. aq cuba buat korag happy dan cuba satukan hati korang sedar hidup bersahabat amat menggembirakan. and we will know how the true friendship is. 

lawatan dut jan

malam pra graduasi

jamuan 14/15.4 balok
everything that i did dan aq laksanakan semua untuk korang and sebagai tanggungjawab yang diberikan pada aq. harap dihargai. aq sayang semua kawan-kawan aq. semua yang kita harungi bersama takkan aq lupa untuk selama-lamanya. terima kasih kawan kerana sudi jadi teman suka duka gelak tawa bersama.sahabat-sahabatku, did u all know that i miss you all so much? hehehehe.. kenangan kita semua akan aq simpan dekat dalam hati.. ingatlah semua antara kita walau dimana korang berada. sekali kita bersahabat, selama-lamanya korang akan jadi sahabat aq.. 

Wednesday, May 2, 2012

alhamdulillah..da selesai

alhmdulillah..semua dah selesai..debaran untuk result la pulak, tawakal dan reda dengan segala usaha yang telah dikeluarkan.....doakan semuanya baik-baik sahaja... insyaallah..amiin.. 

Wednesday, April 18, 2012

Final is around the corner

Bismillahirrahmanirrahim

alamak..! Final tak sampai pun seminggu, tapi aq masih terkial-kial macam ni. hehehe.. belum bersedia? doakan aq ye guys. and dikesempatan ini aq nak mohon ampun dan maaf kalau ada salah silap aq secara sengaja or tak sengaja. maklumlah, manusia tak pernah nak lari dari kesilapan. and aq jugak doakan semua kawan-kawan aq yang akan menduduki exam. GUD LUCK for all..gambata kumbawa!!  hurm..di saat ini juga, pada hari ini  aq maafkan semua keslahan kawan-kawan aq pada aq semua. kat mak abah nenek atok, thx for u all punyer restu yer. i will do my best, granny.

final start 23 April 2012. Pray for me ye guys. and lets start study. btw, this is my last semester here, insyaallh.. i will do the best.

*and for my partner, gud luck dear, kite sama-sama usaha untuk dapatkan yang terbaik, i will pray for ur success too. hehehe... 

luahan hati

aq taklah sekuat yang macam yang semua orang fikirkan. mungkin dari sudut pandangan semua, aq nampak happy, mimik muka aq gembira. tapi dalam  hati tak siapa tahu. ada ombak yang selalu bergelora. tak semua yang kita jangkakan akan bai-baik saja. itulah lumrah kehidupan.

saat aq dalam keresahan, ketenangan jiwa aq tergugat, tak semua aq boleh buat untuk meneutralkan balik semuanya. saat terluka, tiada kawan yang membantu, tiada yang sudi menemani. tangisan sendiri aq ubat sendiri, tak siapa yang tahu. namun disaat aq memerlukan tak semua meluangkan masa untuk aq.. itu ke sahabat? sukarnya nak cari sahabat sejati yang sentiasa ada disisi. Ya Allah, tapi aq sedar, setelah banyak kali aq fikirkan, TUHAN sentiasa ada. aq takkan bersedih dan nyatakan kesedihan pada orang tersayang, nanti dia akan risau, aq takkan yang jauh risaukan aq. biarlah aq sendiri.

kata teman aq, kalau tiada yang sudi menemani dikala aq sedih, dikala aq dalam kesusahan, just delete kawan tu dari friendlist, and set in my mind 'i hate him/her.... boleh ke macam tu? mungkin takda guannya kawan macam tu, hanya menemani dikala suka tapi tiada dikala duka. memang betul tapi apakan daya aq nak membenci orang sedangkan aq tak tahu ada juga orang diluar sana yang membenci aq.

kata bestfriend aq yag sorang lagi pula, tak boleh nak benci seseorang, mane leh, kita tak hidup untuk membenci orang, Tuhan anugerahkan hati untuk jaga sebaik-baiknya. ok.. cuba untuk jangan ambil tahu pasal semua tu, biar orang nak benci kita, semua tu ada hikmahnya. TUhan maha adil.

ketabahan mengajar kita erti kehidupan. percayalah Dia takkan letakkan ujian tak setaraf dengan kita. aq dekatkan diri dengan Tuhan, jiwa aq akan tenang. aq ingatkan keluarga, insyaAllah, impian akan aq capai. aq ingatkan teman, insyaAllah, inspirasi aq.

"Ya ALlah Ya Tuhanku, aq memohon keampunan dari segala kesalahan aq, kesalahan kedua ibubapaku,  tenangkanlah aq aq, tabahkanlah hati aq untuk menempuh segala ujian dan dugaan dariMu, kuatkan semangat aq, ingatkan aq selalu tentangMu dan tentang keluargaku, jagalah hati aq dari terpesong, dari hasutan syaitan, amiin "

Thursday, April 12, 2012

Ya Allah..Permudahkanlah urusan ku

ya Allah ya Tuhanku.... saat ini, hambamu terasa beban yang teramat berat perlu dipukul. ampunkan aku ya Allah, kerana mengeluh  atas dugaan ini.. banyak yang aq perlu lalui.. sakitnya hati ini, penatnya diri ini, terlukanya perasaan ini. ampunkan aq..

Takziah atas pemergian Atok Saudara aq (pakcu), telah meninggalkan kami, dan menemuiNya di alam sana. sayu hati tak dapat tatap jenazahnya di saat terakhir... T.T macam ni lah hidup di perantauan.. nenek aq lak sakit sakit da sekarang, takutnya....toLonglah jaga kesihatan, panjangkanla umur nenek aq dan ahli keluargaku yang lain, tanpa mereka siapalah aq dalam dunia ni. Ya Allah, aq tak kuat, hati ni tak tenang terkenangkan nenek aq tersayang sakit... dia dah tua, memang la sakit, tapi apa yang kita rasa bila orang yang paling sayang tak sihat? aq sentiasa berdoa agar sentiasa sihat.. huhu... aq rindu dia... ampunkan segala dosaku nek....

beban lagi bagi aq, perkara banyak belum diselesaikan.. dah hampir selesai, tinggal beberapa hari je lagi.. permudahkanlah urusan dunia aq ya Allah... sibuknya aq...

aq hanya ingin diriku dihargai.. terasa ingin dihargai, walaupun hanya seketika.. please..dun hurt me.. =( aq taknak terluka lagi.... =( aq tak nak benda yang dah berlaku, berulang kembali... Ya Allah, tabahkanlah hati aq.  

Wednesday, March 28, 2012

When someone hurts you, you learn to be stronger


1.       "When someone hurts you, you learn to be stronger. When someone leaves you, you learn to be more independent. Dont keep asking why people keep hurting you, ask yourself why are you allowing it to happen"


when someone said that, he don't need people around you know who are him in your life... but why? did u thinking about it? disappointed? frustrated? would you mind if he just pretend to be your guy?  setiap apa yang dilakukan mesti bersebab, sama ada baik atau buruk semuanya bergantung kepada keikhlasan seseorang. kalau dari sudut positif, mungkin itu his privacy. but you mungkin fikir, "eh, dia ni mesti ada gurl lain, kalo his scandal know about this,what he gonna do?" "dia just nak mempermainkan aq jer, so, better aq be careful" macam-macam yang bermain difikiran, tapi percayalah, setiap apa yang berlaku ad ahimahnya. cintailah dia seadanya jangan melebihi cintamu kepada Allah dan keluarga.  

setiap perkara kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan, dan setiap kejahatan juga akan dibalas dengan kejahatan. Tuhan itu Maha Adil, setiap perkara yang diuji, seimbang dengan kemampuan seseorang hambaNya. percayalah, akan ada pelangi selepas hujan yang lebat. 

setelah banyaknya dugaan yang mendatang, disebalik dugaan itu, akan terselit kegembiraan. tapi bila satu kebahagiaan yang kita dapat, akan datangnya ujian menguji ketabahan disaat kegembiraan itu muncul. bila kita cuba lupakan seseorang, dia akan datang disaat dia dilupakan, di situlah kita akan sedar, "cinta tak semestinya memiliki, sudah cukup kebahagiaan si dia membuatkan kita gembira, walau ada secalit kekecewaan jika tanpa memilikinya.." Tuhan temukan kita dengan orang yang salah terlebih dahlu, sebagai cabaran untuk menemukan jodoh yang azali. tak semua orang kahwin dengan orang yang dicintainya, tak semua kahwin dengan kekasihnya. 

setelah lama aq keseorangan, datangnya sinar kebahagiaan, Tuhan bagi aq ujian, alhamdulillah, aq hadapinya dengan hati yang terbuka. kesabaran menemani diri aq, ketabahan melindungi dir aq. Dia sentiasa ada bersamaku walaupun disaat aq keseorangan. aq bahagia dengan cara aq sendiri, walau duka tetap melekat dalam diri aq.

Sunday, March 25, 2012

andai hati boleh berkata-kata

hati manusia, tak siapa tahu, lain kata dimulutnya, lain pula kata hatinya... hati orang kan, kita tak pernah nak jangka apa diorang rasa. 

soal hati, bukan kita tahu apa yang sebenarnya terbuku di hati seseorang, dia marah kite ke, dendam ngan kite ke, ape ke... hanya dia yang tahu, but sometimes, when we let it keep in the heart, akan ada pula tafsiran lain daripada lain-lain orang. tak semua benda yang kita tafsir tu betul, at least kalau ada pape yang tak puas hati or anything else, tell them! so, tak la semua jadi huru hara. ia juga akan merosakkan hubungan sesama makhluk. even aq sendiri pun, akan rasa macam tu. 


ujiah Tuhan, kite kena tabah hadapinya, tak semua orang sekeliling sukakan kite, dan tak semua juga orang tak sukakan kita. so, pandai-pandailah berfikir untuk masa depan bersama. masing-masing ada pengalaman dan masalah masing-masing kan, yelah, kite hanya manusia biasa yang tak pernah nak lari dari kesilapan,. at least, kita diberi peluang untuk bertaubat, kesalahan manusia dalam dunia ni sebesar manapun, tak semua kesalahan tu disengajakan. kadang-kadang dengan secara tidak sedar. maafkanlah selagi mampu, sedangkan Nabi maafkan umatnya , sebesar manapun kesalahan itu, dimaafkan.. kita hanyalah manusia biasa, peluang yang ada janganlah disia-siakan. 

Tuhan takkan beri beban yang tak mampu kita pikul. semua perkara yang kita dapat, seimbang dengan kita. Dia mahal adi, so, kite kena tabah dan jangan putus asa dalam menghadapiNya. setiap perkara yang berlaku akan ada hikmahnya. percayalah. kesabaran amat penting dalam menghadapi drama di pentas dunia. andaikata hati aq ni bisa berbicara, nak jugak aq luahkan semua yang terbuku, tapi apakan daya, hati orang dan perasaan orang kite kena jaga even hati kite sendiri yang terluka. 

Friday, March 2, 2012

babai handfon



sedihnya... dengan mengejut terasa, bila enset dah tak da.. mungkin ini perkara biasa, tapi bagi aq ini luar biasa! that my precious mobile phone lost in the way that i cant believe..huh! really sad sampaikan da tak da airmata untuk aq keluarkan..haha! x x x... aq xnangis tapi im just shocked! bayangkan kalau phone korang pun tak da, dalam sekelip mata, gluppp~ jatuh la lubang jamban! hahaha... ok, aq tak sengaja, benda dah nak jadi. banyak kenangan henfon aq, sayang! semua benda ada lam tuh.. dah jadi memori.. ok, because for the first time i use my own money to get than henfon...huhuhu.... sony K770i, even tak canggih, tapi itulah yang paling canggih bagi aq, ada 3G, xdapatlah nk ber3G ngan besfren aq da..huhu.... documen penting pon ada,  so, reda dan pasrah jela..





bercakap pasal henfon, salah satu lagi yang pernah aq sayang dulu, kucing aq 'NEMO' sampai sekarang masih ingat. 1st time aq nangis teresak-esak bagai hilang anak.. seminggu monyok! sebab aq sayang sangat.!  so, tak boleh dah nak sangat benda terlalu mendalam, because one day i might lose it..=( 

Monday, February 27, 2012

a pervert

""everyday you closed to me..
everytime you want to know what im doing,
everytime you concern about me..
everyday im waiting for your question,
everyday i want you to miss me..
everyday im always concern about you without your permission...
but one day, u said that u like me...
yeah, before this you like..
same with me toO,
but i didnt said that, i dont want you to know,.
Oh My God,
everytime i denied, i dont want to be with you!
but, why
im really miss you but you cut it first before me..=)
im so happy..
for the first time im so happy when you said that you like me...
really?! this is not a dream!

times gone day by day.... u also gone in your own. u walked away from me..what had i done? i cant chased you dear..... but im still waiting, if there's hope that u will come to me..  dissapointed! i cant trace you, u were far apart.. did you still like me?"


that is how a guy look like, he cames and goes whatever he likes...haha.. dont be a fool girl! 

Saturday, February 18, 2012

please, tengoklah diri sendiri dulu


hey, setiap wanita inginkan yang terbaik untuk diri masing-masing, tapi bukan wanita je kan, semua la, sama je.. keinginan setiap manusia berbeza dari segi yang bermacam segi..(hehe, tak pandai nak wat ayat), tapi percayalah, Tuhan maha Adil dan saksama, Dia dah tentukan apa yang tertulis, so, terimala seadanya. bagi aq, aq tak mencari yang sempurna dan bukan juga terlalu memilih. tapi aq inginkan seseorang yang dapat menyempurnakan hidup aq, dan memilih yang mana dapat pilih aq seadanya aq untuk dia tak lebih daripada kasih sayangnya terhadap Tuhan yang Maha Esa.


mencari seorang teman or a guy yang :

1. never "touch" a gurl that he love
2. tak pernah nak marah pada wanita sesuka hati
3. tak pernah menyakiti hati wanita yang dia sayang
4. selalu mengingatkannya tentang akhirat
5. selalu menasihati wanita untk menutup aurat
6. tidak melihat aurat wanitanya
7. sentiasa ada ketika susah dan senang
8. selalu menerima kekurangan masing-masing
9. taat kepada kedua ibubapa
10. menegur kesilapan, bukan memarahi setiap kesilapan yang dilakukan.
11. yang boleh menjadi imam pada setiap solatnya
12. saling membantu

sometimes, apa yang diharapkan tak mungkin semua yang kita dapat , tapi bersyukurlah atas apa yang ada.

hey all, sakit mata aq tengok manusia zaman sekarang, mungkin aq taklah sebaik mereka yanga da, tapi mata aq sakit tengok korang semua bebas sangat..! kadang-kadang korang tak habis-habis nak nasihatkan aq or tegur aq bila aq "ter" buat or secara tak sengaja, tapi korang, secara sengaja buat, korang tak sedar kan..hurm..please, before korang tegur aq, tengokla diri korang dulu.. jagalah kelakuan korang dulu sebelum korang jaga kelakuan aq.. tegurla diri korang sendiri sebelum tegur aq.. jagalah awek/balak korang sebelum korang nak tegur aq dengan kawan-kawan laki/perempuan aq..huh! jagalah aurat awek/isteri korang sebelum korang tegur aurat aq....please...! 

pesan nenek



aq memang degil, tak dinafikan sejak kecil lagi aq macam ni, apa aq nak, aq mesti dapatkan, (yang mana mampu la)... tapi dalam diam, aq juga manja, manja ngan nenek aq, diala insan yang dapat aq curahkan segala kasih dan sayang aq, selain mama dan abah aq.. sejak kecil dari umur 2tahun aq menetap dengan nenek aq, dah memang aq nakal.. sebab tu sampai sekarang nenek tak pernah nak halang apa yang aq nak wat. hehe..thx nek! sampaikan nek aq risau, "apala cucu aq wat yer bila ada jauh ngan aq" mesti macam ni dalam kepala otak dia.. dahla aq ni degil, dia suruh jangan pegi, aq pegi jugak..

"sorry nek, orang memang macam ni,tak remaja kalau tak wat macam remaja.."
hehe... sampaikan dia risau juga, dengan siapa aq keluar, dengan siapa aq berhubung,,. nek selalu pesan

"hati-hati dengan lelaki, diorang banyak muslihat"

nek selalu pergi kenduri kahwin, mudanya pengantin tuh, kahwin baru sehari, tapi dah ada isi 4bulan.. wauu! advance tuh! haha....

nenek pesan lagi "jangan jadi macam tu, malu keluarga, nek lagi malu" aq jawab "
ok nek, jangan risau, org tau apa orang wat, nek kan nenek orang.

nenek tengok tv, dia tengok cite pasal laki and pompuan keluar, pastu wat benda tak senonoh, kena tangkap basah..
nenek pesan lagi
"hati-hati, jangan keluar dengan orang tak kenal sangat, air yang diorang bagi, jangan nak senang-senang minum, mane tahu ada ubat dalam tuh" aq berfikir sejenak, ok nek..

orang sekeliling aq dah ramai kahwin, muda-muda da kahwin
nenek pesan lagi
"jangan jadi macam tu, jaga maruah diri, jangan percayakan sangat lelaki"
ok nek, jangan risau..

aq ceritakan kisah aq di negeri orang, nampak muka nek dah risau, tapi aq yakinkan dia, jangan risau, orang ada nenek, setiap benda orang wat, orang ada nenek....hehe..kadang-kadang bosan juga banyak kali pesan kat aq, tapi bila fikir balik, ok jugak..sebab nenek tak nak aq lalai nanti..hehe...

jangan risau nek, insyaallh, orang ada nek, orang yang paling org sayang dalam dunia ni, sorry kalau ada seketika dulu orang pernah lalai, sorry, orang dah banyak buat dosa tanpa nek sedar..umm... tapi sekarang, walaupun orang degil, orang tau nak jaga diri, jaga apa yang nenek dah amanahkan.. 

Sunday, February 12, 2012

smile

..........................................................




senyumlah, walau diri anda disakiti, percayalah setiap senyuman amat bermakna dalam hidup kita,nescaya setiap luka akan sembuh, walaupun sedikit. wahai hati, jangan dikau meratap sendirian saat dirimu ditinggalkan, percayalah, setiap perkara ada hikmatnya.
dan wahai wanita, jika dia bukan ditakdirkan untukmu, relakanlah dia pergi walaupun dengan hati yang berat, namun percayalah, suatu hari nanti akan ada yang setia menantimu.
sabarlah duhai hati, ruang yang kosong nanti akan diisi juga dengan orang yang benar-benar memerlukanmu.

Saturday, February 11, 2012

wedding ceremony


cantik kan pelamin ni? tapi bagi aq lagi cantik kalau wane ungu..hehe.. member aq tanya .
"wa, ko tak rasa nak kawen ke tengok pelamin and this wedding ceremony?" 
aq pon jawabla, 'entahlaa, aq tak rasa papepon, aq tau nak bunga jer, that fresh flower,"


bunga ni, heishh, hajat aq tak kesampaian nak rompak..hohoo.. aq tak suka bunga lain, kekwa ni pon dah memadai, coz i like fresh flowers, fresh..fresh!
 banyak kali aq duk tenung-tenung jer bunga ni. hurmm...


rajin yer flower girls ni, haahhaha! bagusss, wat keje dengan bagus, maklumlaaa, tolong PA..


ni pun, rajinnye laaa basuh pinggan kat belakang, patot pon tak nampak batang idung kat depan, rupa-rupanya ada kat belakang..hhehe.  so, thats why i kept searching you all... sebab aq pantang dapat pegang DSLR..hehe... 


lobster..lobster...tak mampu aq nak try..haha..ni makanan pengantin punya..makanlaaa korang, nanti aq kahwin aq nak makan jugak, tunggula aq kahwin nanti!! huh..

*p/s : lom complete lagi laa..idea tersekat, malasssss3...ngantokk.. 

Wednesday, February 8, 2012

jogging

hai, assalamualaikum..
topik malam ni pasal ::

kenapa pompuan suka bergosip eh? hurmmm....aq? suka or tak? ohh... kalau selalu sangat bergosip bosan la, rimas tau! tau tak rimas! so, better u all hindarkan dari bergosip..tak baik untuk kesihatan.


jogging? kenapa la ada juga segelintir manusia yang banyak je bagi alasan tak nak jog..kenapa? bukan ke itu 'molek' untuk kesihatan? it is not only give you a healthy body but also can open your mind..urm, i mean kornag punya minda lar, terbukak sikit daripada terperuk je kat umah even kat hostel pun.huh!  but not me, jogging dah jadi rutin harian aq, hehe..
bagi aq la, jogging leh buat aq :

google punye image
1. badan aq sihat la sikit
2. stamina aq akan stay je macam mana yang aq nak, but at the same time leh tingkatkan stamina aq
3. boleh gak aq hirup udara segar kat luar sana.
4. hurmm, jogging kat Taman Bandar jela dulu wat masa ni.
5. hindarkan diri dari tido siang hari! tido waktu petang leh wat aq jadi tak normal seketika especially when i woke up..hik3
6. leh lepas tension, stress yang jadi beban dalam pala otak aq..erghh!!
7. tadi huru hara otak aq lam kelas, leh la relax my mind... ( aq siyes dorang main-main, aq main-main dorang suh aq siyes..errrr, migrain2!!)

oppss! story kat Taman Bandar td..hehe...
aq jogging, ok 1st round, sampai je tempat asal, aq jalan jap depan pakcik yang tak berapa tua tuh, dia tengok jer... pastu aq jog lagi, teruskan jog (tak jalan da) 2nd round, sampai pula depan pakcik tuh, aq jalan.. ada ke patut dia cakap "jalan je dari tadi, bila masa jog" huhu!
dalam hati aq "pakcik tengok ker sayer jog da 2nd round da, depan pakcik jer  saya jalan sebab penat tak brenti tadi..aiyya, pakcik duduk je dari tadi, bila masa jog!" sabar jela, nasib baik pakcik kan.....

**eh..macam mana nak hilangkan batuk ye? dah masuk 2 minggu lebih da...tak sampai hati nak bagi nenek aq risau call tanya aq sihat or tak..hurmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...