Monday, December 19, 2011

Dalah hati ada rindu..


Dalah hati ada rindu..


“Saat ni aq rasa kerinduan yang teramat sangat muncul dalam diri aq. Aq rindu sangat-sangat pada dia. Mesej tak dibalas, telefon tak pula diangkat. Kecewanya rasa.  Ingatkan nak merajuk tapi rajuk ni tak pun dia tahu. Tahu tak dia, aq rindu dia sangat-sangat??  Sikap dia dah mula dingin pada aq. Dia dah mula renggang dengan aq. Selalunya dia yang akan contact aq dulu, tapi sekarang jarang sangat, aq rasa tak pun. Ok. U said want to relax, tapi tak ke pelik bunyinya tu? Dah lupakah kamu pada aq? Dah tak ada rasa rindukah kamu pada aq? Ko dah ada orang lain? Seriously I miss u damn much dear!! “





Dia merintih sendirian. Entah kenapa rasa rindu dalam dirinya membuak-buak. Adakah rindunya itu berbalas?  Sudah begitu lama Balqis tidak merasakan perasaan rindu pada seseorang. Setelah sekian lama memendam rasa akhirnya dia tunduk juga dengan rasa itu. Akhirnya dia mengaku dia sudah jatuh cinta pada Mikail.  Balqis tewas juga akhirnya dengan perasaanya sendiri. Sudah tidak dapat lagi dipendam lagi rasa itu.

Teringat kembali saat dirinya mula rasa berdebar saat pertemuan denga Mikail. Sudah beberapa kali ditegaskan dalam diri Balqis supaya jangan lemah dengan perlakuan lelaki, jangan cepat layu dengan kata-kata indah lelaki. Jangan pernah cuba untuk menyakitkan hati dirinya lagi untuk kali ini. Jangan pernah berharap pada yang tak pasti. Tapi semuanya sudah terlambat. Balqis tidak dapat lagi mengelak dari rasa itu. Berkali-kali dia cuba untuk melawan keinginan daripada jatuh cinta pada lelaki bernama Mikail tetapi makin lama makin dekat perasaan itu datang.

Namun kini, Balqis sedang menghabiskan cuti semester, sementara Mikail pula telahpun menamatkan pengajian diplomanya. Mereka hanya berbeza satu semester. Namun Mikail tamat awal. Mungkin disebabkan masing-masing berjauhan. Dan mungkin itu juga Balqis terasa Mikail semakin berjauhan dengannya. Apatah lagi setelah sahaja menamatkan semester akhir Mikail terpaksa mengjalani kursus tentang kerjaya selama dua minggu berturut-turut dan Balqis pula bekerja ‘part-time’ di salah sebuah shopping Mall. Terpaksalah mereka masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. Dalam masa itulah mereka berdua jarang berhubung dan masing-masing mendiamkan diri.



Rasa rindu tetap bersarang dihati Balqis hari demi hari. Semakin hari semakin menjalar rasa itu membuatkan balqis tidak senang duduk.  Rintihnya lagi
“kenapa ini semua harus terjadi? Adakah saat dia sunyi sahaja aq diperlukan?? Sudah lupakah dia pada aq? Ke ko dah ada orang lain? Tolonglah jangan seksa aq macam ni. Kenapa aq harus suka kat ko? Kenapa bila aq suka kat ko, ko pula nak menjauhkan diri dari aq? “

----------------------------it will be continue

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...