Sunday, August 21, 2011

maaf vs masa lalu

sharing is caring..but this, i'm not really understand what is the meaning...jommm

-------------------------------------------------->>>

satu masa dahulu, aq pernah sakiti hatinya . terasa macam aq telah hancurkan hidupnya (dirinya), mungkin baginya, aq terlalu kejam, jahat, mempermainkan perasaannya, tapi mungkin juga pada masa tu aq terlalu selfish, sampaikan aq tak dapat nak bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. mungkin ini balasannya akibat aq menyakiti hatinya. sehinggalah sekarang, kejadian tu membelenggu realiti hidup aq. kisah lama tentang dirinya masih lagi membelenggu diri aq sehingga sekarang. apakah semua itu dapat dimaafkan. ya Allah, aq masih lagi ragu tentang kemaafaan darinya. bolehkah aq memohon sekali lagi kemaafan buat kali terakhir untuk kali ini di hayat ini.  sesungguhnya mungkin bagi pihak lain, perbuatan aq ni tak seberapa, tapi bagi aq,. aq telah melukai hati seseorang yang amat menyayangi aq pada masa lalu. terlalu berat terasa di hati ini yang memikul beban kesalahan aq yang lama, kesalahan masa lalu aq yang tak pernah aq lupakan. seringkali kemaafan darinya aq harapkan. 

sedangkan Nabi mengampunkan umatnya, apatah lagi si dia memaafkan aq. tapi mustahil bagi aq, aq masih lagi ragu-ragu sama ada dia boleh mengimbau masa lalu untuk ucapkan kata kemaafan padaku pada masa kini. mungkinkah boleh dimaafkan lagi? 

dulu,
mungkin  kamu marahkan aq sebab ungkit masa lalu, tapi aq tak terdaya nak simpan semua ni, kesalahan aq, bagi aq terlalu berat yang membabitkan hati dan perasaan insan yang tak bersalah.! kejamkah aq? maafkan aq kerana mengungkit masa lalu......

bila dia ada depan mata, kita tak pernah nak hargainya..
tapi bila dia tiada di sisi, kekosongan mula dirasai....
terasa kehilangan seseorang....
tiap kali aq renung n baca surat tu, aq terbayang kamu, tiap kali aq teringat surat tu, kamu yang datang dalam fikiran aq...

bolehkah aq ungkit masa lalu?? berapa kemungkinan dia baca apa yang sayer tulis ni yer? hurmm...macam mana nak bagi dia baca sedangkan blog aq pon dia tak tahu kot!! maybe..



**p/s --kemaafan diperlukan disini..lalalla..hehhe...so, jangan wat org mcm tu yer..apa la yang dilakukan oleh budak ni sampai mcm tu skali rasanya...

2 comments:

  1. memaafkan adalah dendam terindah..:)

    ReplyDelete
  2. a ah..andainya dia dpt maafkan saye seikhlasnya..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...