Wednesday, August 31, 2011

hadiah hari rayer


alhamduLillah., puteri sulungnya dilahirkan lebih kurang pukul 6.30ptg hari isnin 29 Ogos 2011..sehari sebelum raya..hehe.. hadiah untuk hari raya.


tengah syok-syok tidur waktu pagi, mesej berbunyii ..'kaklong tak dapat balik, kaklong ada kat hospital, sakit perut da.'

waktu petang nak senja, kami pergi ke hospital...kaklong masih lagi dalam bilik bersalin..
dua jam berikutnya, suami dipanggil..alhamdulillah, dah selamat melahirkan baby girl..tetapi.....

'darah masih keluar, tak sejat, jahitan yang dijahit macam tak dapat menghentikan pendarahan, jahitan perlu ditetas semula dan perlu dijahit buat kali kedua...bla, bla...bla... " itu kata doktor, entah apa lagi yang diberitahu oleh doktor, aq pun tak berapa pasti..

kaklong perlu dimasukkan dalam bilik pembedahan semula untuk dibedah sekali lagi... airmatanya menitis, dia menahan kesakitan dalam menghadapi masa-masa untuk melahirkan.. dalam hatiku berkata "ya Allah, seksanya terasa bila ingin melahirkan seorang anak"

agak kabur ye.....


dia diusung untuk dibawa ke bilik bedah, kami melihatnya berlinangan airmata, dia kesakitan...! 'sabar ye..'
suami mengucup dahinya sambil berkata 'tak ada pape, selamat sayang, sabarlah, insyaAllah, bertahan yer (sambil airmata turut mengalir) '

hanya Tuhan yang tahu kesakitan yang ditanggung seorang ibu yang melairkan anak, tetapi masalah lain pula muncul dan tepaksa dijalankan pembedahan semula...

selama lebih kurang sejam setengah pembedahan tetasan dan jahitan dijalankan..dia selamat dan diuruskan untuk ke wad...


puteri sulung


ibunya kata name Nur Airis Arisa


keesokan harinya, tak sabar rasanya nak lihat bayi yang baru lahir... "comella anak kaklong..hehhe.." dengan bangganya, gembiranya nenek pegang a new baby...

ok..cukupla sampai disini, ni, pasangan suami isteri ni akad nikah malam raya (last year) and got a baby malam raya (this year) hehehe...

**p/s : tahniah!!! first baby from shafura asmida

1 comment:

  1. dpt baby mase raya..adiah paling bermakna kan..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...