Monday, June 20, 2011

penjagaan rambut panjang


Gunakan jari anda
Sejurus bangun tidur, jangan menggunakan sikat rambut untuk menyikat rambut, sebaliknya gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal.
Penggunaan jari jemari memberi yang efek ke pada rambut dan mengurangkan pengguguran rambut.
Berus rambut selalu
Ada yang risau menyikat rambut selalu kerana takut rambut akan gugur. Namun, memberus rambut selalu sebenarnya menyihatkan rambut.
Apa ertinya mempunyai rambut panjang yang cantik kalau malas mengurusnya.
Untuk mereka yang memiliki rambut panjang, dinasihatkan bahawa penggunaan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat.
Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih semula jadi.


Elakkan memberus rambut semasa ia basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut.
Ini kerana rambut yang basah mempunyai struktur rambut yang lemah maka ia akan gugur dengan mudah.
Usah lupa sikat rambut
Kalau memberus rambut bertujuan untuk memperbaiki struktur rambut manakala menyikat rambut adalah untuk memperkemas dan menggayakan rambut.
Bahagikan rambut pada beberapa bahagian yang kecil, dengan menggunakan sikat bergigi jarang, sikatlah rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah.
Jangan menyikat rambut jika ia berpintal.
Keringkan rambut
Rambut panjang perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia perlukan.
Semasa ingin mengering rambut pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk.

PILIHLAH syampu yang sesuai dengan rambut.


Walaupun pengering rambut jenis ini berharga mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.
Pilih syampu terbaik
Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi.
Pastikan syampu yang dipilih untuk mencuci rambut mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh.
Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air.
Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.
Peka keadaan sekeliling
Lindungi rambut daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran.
Semua ini hanya membawa kepada kerosakan dan masalah rambut kusut.
Kalau anda mahu, boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar.
Penggunaan topi dan skaf turut digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.
kredit : kosmo.com.my

5 comments:

  1. sikit je tcer..share2...saye pon masalh rmbt skang..eish..tu yg cari2 info sal nie

    ReplyDelete
  2. rambut sue da panjang...hee..thanks 4 the tips dear..

    ReplyDelete
  3. ok sue...hehe..wlcme...=) same2 la kite jaga rmbut..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...