Monday, June 13, 2011

cara diet yg betul


diet? hurmm..semua nak diet kan, especially bagi has more weight.. same with me, even my weight dah normal macam orang-orang lain, but im still kena diet, tapi diet aq nie tak berapa nak betol sangat. sebab aq ikut kepala otak aq sendiri..hahahaha!! so, macam mana la nak turun berat ni kalau makan ikut suka, and then tak nak makan pulak ikut suka. hurmm..actually aq tak makan banyak sangat, tapi macam mana leh berat naik nie.? maybe laa, im too excited or more sleep..wow!! addicted to sleep, even everyday i've more than enough sleep..hahaha..sometimes, more tha 8 hours beb!! bayangkan..huuuh...daripada tu, baru aq tahu, berat aq naik disebabkan aq terlebih tidur. hahaha...ok..
tips diet yang betul, tapi ni pun aq ambil info hasil daripada blogwalking aq. tu keje part time aq sekarang.hehe.. g usha blog orang. btw, thanks, sbab sayer dapat baca tips korang! hahaha...

minum banyak air

amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8gelas sehari

diet buah-buahan dan sayur-sayuran

makan banyak buah-buahan dan biasakan memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. jadikan ia hidangan wajib setiap hari..hehe

lebihkan pengambilan bijirin

bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. ia mengandungi gentian, vit B, zat besi, mineral, vit B, E dan nutrien fito. pengambilan sarapan seperti bijirin amat baik untuk pelajar sekolah dan meningkatkan kecerdasan minda.

tentukan tahap kelaparan


sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan bahawa anda memilih untuk makan kerana lapar ataupun hanya untuk memenuhi kehendak rakan untuk menemaninya makan bersama. ia menyebabkan anda makan melebihi keperluan.

kurangkan minuman bersoda

remaja sememangnya gemar akan minuman yang bersoda. tahukah anda bahawa setin minuman tersebut mengandungi lapan sudu teh gula iaitu melebihi keperluan pengambilan gula setiap hari bagi wanita iaitu enam sudu teh bersamaan 100 kalori atau sembilan sudu teh gula bagi lelaki bersamaan 150 kalori.

menimbang berat setiap minggu

dalam menimbang setiap minggu, anda akan tahu perkembangan berat anda.ia membantu dalam usaha menurunkan berat badan.

kawal pengambilan makanan 

setiap kali anda makan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti biasa. mungkin ia agak sukar pada permulaan, tetapi  lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. jika anda rasa tidak mencukupi, tambahkan dengan pengambilan buah-buahan.

prihatin dengan makanan.

luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan . anda boleh layari internet dan mendapatkan info mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih  tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan 4 pinggan nasi...

elakkan makan malam.

elakkan makan selepas pukul 8 malam. sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan  dan pilihlah makanan yang sesuai.

jangan biarkan diri kelaparan.

menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda lemah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak.

bersenam



perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil . Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas . elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. jika hendak ke kedai, gunalah basikal atau berjalan kaki.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...