Wednesday, May 11, 2011

Aku bukan untukmu

Hurmm…lagi satu keluhan.. entah kenapa diri ini teringin sangat nak menaip. Nak menaip panjang-panjang gitu..hohoo..apa cerita aq kali ini ye? fuuuuuuhhh…. Haaa… ok..jom bercerita…hehehe..

Aku bukan untukmu

Qis seorang gadis yang periang, semua masalah dia akan harungi dengan hati yang terbuka, tapi kadang-kala dia juga jadi bingung dan hanyut bersama masalah itu. Semua orang sukakan qis, dia  baik, pandai berkawan, dan dia juga amat disegani dalam sekolah tu kerana Qis juga merupakan atlet, atlet olahraga.. tapi dalam satu masa dia tak pandai nak kawal perasaannya.

Dalam diam Qis jatuh hati pada seorang teman sepasukannya. Cinta pandang pertama? Hehehe.. latihannya jadi satu pertemuan untukkya supaya dapat tengok laki tu, namanya Em. Qis terus memerhatikan Em dari jauh. Tapi dalam diam, Em juga turut memendam perasaannya terhadap Qis. Mereka berkawan baik, lama kelamaan mereka menjadi rapat, dan lebih rapat lagi. Em ada banyak kawan, kawan Em juga jadi kawan Qis. Maklumlah, Qis seorang yang peramah dan Qis juga senang untuk dijadikan kawan.
Dalam masa yang sama juga, kawan Em, iaitu Erman juga turut menyukai Qis dalam diam.
Mereka berkawan dan terus berkawan. Dan Qis seperti biasa hanyut dibuai angan-angannya terhadap Em. Em pun begitu juga. Mereka berkawan rapat, apatah lagi Em tahu bahawa Qis juga turut menyukainya. Malangnya, Em sudah ada teman wanita, tetapi Qis masih lagi dilayan. Em memberi harapan kepada Qis untuk terus menyukainya. Dalam perjalanan yang penuh dengan liku ini, hubungan Em dengan kekasihnya turut goyah, dan dalam masa yang sama wanita yang bernama Lisa juga turut menyukai Em.

Qis dalam dunianya sendiri, perasaan cemburu tetap ada, kerana Em yang diminatinya terlalu ramai peminat (encem la sangat)..namun, Qis teruskan juga angannya untuk memiliki Em.
Pada suatu masa, Erman muncul dan mengatakan kepada Qis bahawa Erman dah lama suka kat Qis, dan ingin jadikan Qis aweknya…Qis bingung, dengan perasaanya kerana dia suka pada Em. Akan tetapi, Em pada masa tu juga tahu bahawa Erman suka pada Qis.

Qis: macammana nie? Erman suka saya…tapi saya sukakan awak..
Em: erm.. saya tahu, tapi Erman dah ceritakan semua pada saya, dia kawan baik saya, takkan saya nak mengkhianatinya?
Qis: tapi saya sukakan awak.
Em: saya ada dengan dia ni.!
Qis: hurmm…ok la awak...

Qis tak menerima Erman terus, she takes her time to think about that. Not easy for her to accept Erman.
Masa berlalu, Qis tidak menerima Erman. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya Erman terpaksa menerima keadaan ini. Semua yang dilakukan oleh Erman, membuatkan Qis tidak dapat menahan rasa simpatinya. Sungguh jahat, menyebabkan Erman jadi macam tu, selepas ditolak, Erman terkontang kanting macam orang tak betul. (tak tahu la betol ke tak)….

Akhirnya, Qis sendiri yang meminta peluang kedua daripada Erman supaya menerima Qis semula..mereka akhirnya bersama (as couple la)..

Perkara ini diketahui Em, tidak disangka olehnya, Em terus menyendiri. Manjauhkan diri daripada Qis dan juga Erman. Begitu juga Qis, oleh kerana terlalu mengikut perasaan , Qis terpaksa menerima Erman. Kerana kemarahannya terhadap Em, Erman menjadi mangsa dalam cinta kepura-puraan Qis.

Mereka bahagia berdua. Namun Qis masih lagi tidak dapat melupakan Em. Qis menggunakan Erman untuk mengetahui keadaan Em..

Lama kelamaan, Qis berhubung dengan Em dan mereka menjadi rapat semula tanpa pengetahuan Erman. Dalam diam, Qis dan Em menjadi rapat, dan mereka couple dalam diam. Qis sikit pun tidak merasa bersalah.

Tidak sampai seminggu, Qis mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan dengan Em. Atas permintaan Em. Qis sedar yang dia telah melukakan hati erman atas perbuatannya.
Hari mereka berjalan seperti biasa. Erman dan Qis masing-masing manjalani kehidupan mereka tanpa orang ketiga. Namun, perasaan Qis terhadap Em, tidak pernah hilang.

5 bulan berlalu, walaupun banyak yang terpaksa Erman dan Qis terpaksa harungi, namun itu mengajar mereka erti kehidupan. Walaupun tidak begitu dalam cinta Qis terhdapa Erman, perasaan cemburu terhadap wanita yang mendekati Erman tetap ada. Adakah itu cinta??? Adakah Qis jatuh hati terhadap Erman??

Hari terus berjalan...pejam celik pejam celik, sudah 7bulan perhubungan mereka. Dipendekkan cerita…. Dalam 2-3 minggu Qis mendiamkan diri dan dalam masa itu juga berlakunya pergaduhan antara Qis dan Erman. Qis sudah mula menjauhkan diri daripada Erman. Qis sudah tak mahu lagi meneruskan hubungan dengan Erman, akibat merasa bersaah terhadap Erman, kerana mempermainkan perasaan Erman selama ini, dia ingin melepaskan Erman.

Erman terlalu mencintai Qis, tetapi tidak sama keadaan Qis. Mereka akhirnya berpisah. Atas permintaan Qis. Masing-masing membawa haluan sendiri. Entah bagaimana keadaan Erman, Qis dapat tahu Erman menderita disebabkan Qis. Namun waktu tidak boleh diundurkan. Selama berpisah, Qis merasakan kehilangan. Perasaan sayang terhadap Erman muncul semula. Perasaan bersalah juga hadir.
Tergamaknya Qis perlakukan Erman sebegitu rupa. Khabar berita daripada kawan-kawan tentang Erman membuatkannya merasa teramat bersalah. Ucapa maaf daripanya tidak ternilai jika ingin dibandingkan bagaimana hancurnya perasaan seorang lelaki yang bernama Erman..

-Tamat episode 1-
(Cerita ini tiada kena mengena antara yang mati dan hidup. Dan harap maaf jika nama dalam cerita ini nama anda..hik3…sorry.) aq juga tak pandai nak olah ayat..sorry beb!!! Ohaiyook!! hahaha

Hehehhe….penatnya menaip..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...