Sunday, March 6, 2011

Jangan jadikan ‘cinta’ sbagai masalah

Dah hari selasa. Emm.. aq hanya menghitung hari. Terasa sunyi dalam diri ini, terasa sunyi dalam hati ini. Terdetik juga rasa rindu kat kawan-kawan aq. Apalah yang dieorang buat ye agak-agaknya?? Hehe. I miss you all so much!!. Terasa sunyi? Apa maksud sunyi yang ini? Hmm… terasa kesunyian, inginkan seorang teman.



Seorang kaum adam yang boleh mencintai, menyayangi, menyukai, menjaga aq dengan sepenuh hatinya. Tiada niat untuk mempermainkan aq. Aq sunyi. Hati ni kosong.
Mungkin aq terlalu memilih untuk mencari seorang teman, tapi bukan aq mahukan yang sempurna. Mungkin terlalu memilih itu juga penting. Sebab,, aq dah serik, aq dah tak nak lagi tersalah pilih. Aq nakkan seseorang yang boleh bahagiakan aq, terima aq seadanya. Bukan senang nak dapat. Aq bersyukur apa yang ada pada diri aq. Tapi aq nak juga apa yang aq inginkan. Memilih? Bukan memilih, tapi aq tak nak ulang lagi kesilapan aq yang lalu. Bagi aq, terlalu memilih ni juga penting. Kata orang, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Aq inginkan seorang lelaki, bukannya jantan. Aq tak nak terima sesiapa lagi buat masa ni. Memang aq nak sangat seseorang yang boleh menyayangi aq, tapi belum masanya lagi. Aq masih belum bersedia. Aq tak yakin pada diri aq, aq susah nak percayakan lelaki. Bagi aq, baik aq berkawan dulu dengan semua.
Satu masalah juga, bila jatuh cinta pada kawan baik sendiri. Bila terlalu rapat ngan someone, mungkin tak perasan bila rasa cinta itu mula berputik. Bukan dipinta, tapi ia datang tanpa diundang. Bukan salah aq semua tu. Pasal hal ni, aq kena banyak berfikir, untuk kebaikan diri aq sendiri juga dan maybe for my friend tu. Semua tu dapat dielakkan. Haha..
Ternyata aq masih lagi kesunyian. Sunyi sesangat, namun aq pendamkan saja perasaan ini. Tapi makin lama aq simpan, terasa tak boleh. Aq tetap kena luahkan, yang aq sangat kesunyian.

8:19 p.m. 220211

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...