Sunday, March 6, 2011

aq cinta DIA



Assalamualaikum. Ayat first yang keluar ‘aq cintakan KEKASIHKU’. Dia selalu ada masa aq susah, senang dan pada bila-bila masa aq memerlukan KEKASIHKU, mesti sentiasa ada. Aq cintakan KEKASIHKU lebih daripada segala-galanya. Dia selalu menemaniku dikala aq kesepian, KEKASIHKU selalu pimpin aq ketika aq dalam kegelapan, ketika aq meraba-raba seorang diri. Ada kalanya, aq lupakan KEKASIHKU ini, tapi KEKASIHKU tak pernah nak marah aq, KEKASIHKU sentiasa memahami aq.
KEKASIHKU ini kaya, bukan aq nak megah-megahkan , tetapi, Dia memang kaya. Semuanya ada. Apa yang aq mahukan, KEKASIHKU aq tunaikan. KEKASIHKU banyak bagi hadiah padaku, KEKASIHKU banyak meninggalkan surat-surat cinta padaku. Tapi aq jarang-jarang baca. Surat cinta yang KEKASIHKU bagi padaku menarik sangat, penuh makna, tak da benda yang dapat menandinginya. Tapi kadangkala aq tidak menghargainya, aq tak selalu baca. Tapi bila aq baca surat-surat daripada KEKASIHKU, jiwa aq rasa tenang, aq rasa semua perkara yang membebankan kepala otak aq semua hilang. Bagaikan habuk, bila ditiup, ia pergi bersama angin tu. Terima kasih wahai KEKASIHKU, surat cinta yang diberi akan aq hargai sepanjang hidup aq. Aq akan jaga sepertimana aq menjaga nyawaku.
Aq mohon maaf, aq telah abaikan KEKASIHKU selama ini. Tapi kali ini, aq akan mencintai wahai KEKASIHKU sepenuh hatiku. Aq akan hargai segala surat-surat dariMU. Mungkin selama ini aq telah mengabaikan KEKASIHKU, tapi percayalah, Kamu akan sentiasa ada dalam hatiku.
Aq tak pernah berjumpa, mahupun ‘dating’ dengan KEKASIHKU, namun aq tahu KEKASIHKU selalu ada disampingku. Sentiasa menemaniku walaupun aq sesekali melupakan KEKASIHKU. KEKASIHKU tidak pernah sesekali memarahi aq,mahupun memukul aq. Semuanya tidak akan sama sekali.
Aq bersyukur kerana Dia menjadi KEKASIHKU, kadangkala aq cemburu, kenapa orang lain juga mengaku Kamu KEKASIH mereka, tetapi aq terima, yang Kamu berhak. Yang aq tahu, aq perlu jaga KEKASIHKU ini dengan sepenuh hati, mencintai KEKASIHKU ini melebihi segalanya. MencintaiNya melebihi cinta aq terhadap manusia..

010311/10:15 p.m.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...