Thursday, February 24, 2011

my fev song...sungai lui


nonSenSe



Cinta tak semestinya hadir dalam sekelip mata.
Cinta tak pandai nak mencari,
Cinta tak mengerti perasaan seseorang,
Cinta tak Nampak dimata,
Cinta takkan datang kalau tak dirasai,
Tapi cinta akan hadir bila kita pejamkan mata,
Cinta datang tanpa kita duga,
Cinta dapat dirasai,
Dan cinta akan ada kalau kita betul-betul memahami,

Kerja aq sepanjang perjalanan.


Tiap-tiap hari, mesti aq akan cuci mata. Hehe..i mean, dengan menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha Besar lagi maha Agung. =).. indahnya dunia. Cantiknya ciptaanNya. Sungguh aq kagum bila aq dapat menikmatinya. Manusia yang ada disekeliling aq setiap hari, walaupun berbeza rupa dan darjatnya, namun ia cukup membuatkan aq gembira dan bahagia. Aktiviti aq tiap-tiap hari waktu balik kerja. Mesti aq akan usher-ushar mamat-mamat kat luar sana tu. Hehe. I mean, disepanjang perjalanan aq nak pergi kerja and also time aq balik dari kerja. Waahh. Semua yang hensem akan aq scan. Hik3. Gatal juga aq nampaknya. Tapi bukan apa, sekadar untuk menceriakan hari aq. Walaupun bukan aq yang punya, tapi cukuplah sekadar aq dapat melihat makhluk ciptaan Allah.
                                                                                                                                                                       140211

Hantu novel daa


Last night, selesai sudah aq habiskan pembacaan novel tu. “hanya kau kusayangi”. Umm.. not bad, it makes me senyum sorang-sorang. Haha. Banyak part yang best. Menarik. Aq pon tertarik juga, macam nak lagi baca novel lain yang seterusnya. Urmm.. nak juga jadi setabah wanita itu. Anis  madiha. Dan mana la nak cari lelaki setampan aidil ezzary tu ek? Menurut cerita tu, dia seorang yang hensem.hehehe. bagus kan kalau jumpa orang yang macam tu. Kalaulah aq sekuat itu. Cinta aq hanya padaNya, dan nanti akan ada cinta seseorang padaku yang mencintaiNya sepenuh hati.
Sedikit sebanyak, aq dapat mengambil iktibar melalui banyak-banyak novel yang dah aq baca. Ia banyak member kesan pada aq, apa yang baik akan aq ambil dan apa yang buruk akan aq jadikan iktibar bagi aq. Hehehe. So, well done wawa. What im thinking right nw is, im still waiting for my pure love. Hik2. Oppss, cinta sejati that I mean. Hak3. Jiwang betul aq ni kan. Gatal dah. Tapi walaupun aq sedikit gatal (banyak la jugak), namun aq tahu nak bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Aq tak nak ulangi kesilapan yang lalu. 
140211/7:05 p.m.

Saturday, February 12, 2011

Kakmah oo kakmah



Kenduri kahwin kakmah. Aq pergi dengan bos-bos aq. Alaa..pergi satu geng la kononnya. Hehe. So, sudah tak da la kakmah daam pejabat kali ni. Sungguh sunyi sepanjang ketiadaannya I men dia tak kerja kat sini dah la. Ikut suaminya. Babai kakmah. Senang-senang datang la jenguk kami. Hehe. Walaupu sekejap je masa berlalu, tapi terasa macam dah lama kenal dengan kakmah ni. Peramah, senang nak borak-borak.

My life kucar kacir



Aii.dah lama aq tak tulis or reka ayat-ayat yang agak jiwang laa.tutt. haha.. macam ni la kehidupan aq seharian, sungguh membosankan kalau tak ada kerja. Alamak! Bb aq pun dah lama terminate, lagi la bosan. So, terpaksa habiskan duit kadang-kadang kalau nak on9. Kena pergi cyber café la kalau macam ni. Dah banyak coretan aq yang tertangguh. So, kena lah publish semua ni pada hari yang sama. Tapi ianya direka pada tarikh lain-lain ok.
One more. Kawan-kawanku, sory la kalau aq tak sangat nak berhubung dengan korang.  Aq agak sibuk kebelakangan ni, sibuk dengan aktiviti aq yang kuat melepak, jalan-jalan ikut suka hati aq. Bukan apa, kadang-kadang aq malan nak tekan butang endet aq tuh. Sampaikan aq lupa yang kredit aq dah expired. Heehehe.

Coretan aq



Hati aq berbelah bagi. Siapakah yang menjadi pilihan hati aq? Kini menjadi persoalan. Aq tak tahu mana nak pilih. Oowh no!! banyak ke? Ramai ke? Nonsence.  Aq tak tahu siapa yang aq cintai. Siapa yang aq nakkan sangat-sangat. Yang aq boleh cakap sekarang, kalaulah my 1st lover aq yang datang, aq akan terima dia seadanya. Tapi  tak mungkin ini akan terjadi. Apa pula di pihaknya?? Aq saja yang beria-ia.
Macam ni lah kalau dah ramai kawan lelaki, sekaejap kalau aq ngan someone, mesti rasa nak kat dia, tapi pada masa yang sama kalaulah aq dengan orang lain plak, mesti dia dia pula yang akan aq suka. Sungguh penat bermain dengan perasaan ni. So, sebagai kesimpulannya, aq sekarang tak tahu akan suka kat siapa. Yang aq tahu, aq akan tunggu dan terus menunggu siapa yang akan membuat hati aq terbuka untuk menerimanya.
DOKTOR CINTA? Baru je habis baca semalam. Aq ambil masa sehari untuk menghabiskan bacaannya. Sungguh menarik juga jalan ceritanya kan. Kenapa ya, lakonan lebih baik dari reality. Dan kadang-kadang kepura-puraan la yang menjadikan sesuatu itu cinta. Fuhh…. Semuanya kebetulan? Tanpa kita sedar, kita sebenarnya mencintai seseorag dalam diam. Jodoh kita, sebenarnya ada dekat je, Cuma kita je tak perasan. Ia hanya bermain di sekeliling kita. Cinta itu mampu membuatkan kita tersenyum dan pada masa yang sama ia juga membuatkan kita menitiskan airmata.
‘cinta bagi saya gurauan dalam kehidupan. Kadang-kadang buat kita ketawa kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam-macam emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta… tapi cinta ni macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua yang akan jumpa.
Kalau saya cintakan dia..biarlah dia sendiri yang rasa, bukan sebab kata cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri. “

1:11 p.m. 120211

borink der


Hari berlalu. Makin hari makon lambat aq rasa. Arghhh…. Cepat-cepat habis LI ne. dah malas dah. Boring. Membosankan. Eish…masa nie memang la membosankan, tapi bagi masa yang tak membosankan, aq rasa macam tak nak lagi cepat habis. Hehe. Maklumla ,kehidupan macam ni lah.
Aq, dengan hidup aq..yang penting sempoi  je. Ok. Life must be go on. Huhuhu.. saya sayang mak!!! Saya sayang nenek!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...