Friday, January 21, 2011

CINTA SI TUKANG UKUR

ambillah GPS, carilah kedudukanku dalam hatimu,
Ambillah TOTAL STATION, ceraplah berapa jauhnya cintaku,
ambillah alat LEVEL, ukurlah ketinggian cintaku,
ambillah ECHOSOUNDER, ketahuilah kedalaman cintaku
setiap STESEN, setiap CHAINAGE mahupun TBM
cintaku terlalu besar dari MISCLOSE 1:10000
terlalu besar dari 1'15"

aq tak segagah BATU SEMPADAN namun aq
tidak seperti BENCH MARK lama yang sudah diragui ketinggiannya,
tidak seperti KAYU PIKET yang mudah dialihkan
aq bagaikan NO LOT untuk dirimu
cintaku padamu sekukuh MONUMEN GPS

aq tak perlukan PELAN AKUI untuk mencarimu
aq tak perlukan CERAPAN MATAHARI untuk mengetahui kebenaran cintaku
aq tak perlu sekurang-kurangnya 4 SATELIT untuk meyakinkanku
juga tak perlu C CORRECTION untuk difikirkan

cintaku tiada PECAH SEMPADAN, apatah lagi PECAH BAHAGIAN
cintaku tiada STRATA, tiada STRATUM
sesungguhnya cintaku HAK MILIK KEKAL, tiada HAK MILIK SEMENTARA
semuanya seperti membuat DETAIL SURVEY
simpan terus data ke TOTAL STATION
lalu di download terus ke dalam LAPTOP hatiku

ambillah BATU SEMPADAN dan tandalah cintamu
ambillah CAT, warnailah dan tulislah cintamu
hiasilah dengan petak KONKRIT SIMEN, tulislah namamu
semua saat kita bersama, tulislah di dalam BUKU KERJALUAR
proseslah segala memori kita bersama di dalam CDS
paparkanlah di dalam AUTOCAD, sematkanlah di atas kertas A0
hiasilah dengan garisan-garisan KONTOR dan warna-warna
agar cinta kita menjadi seindah output 3D TERRAMODEL
moga cinta kita direstui LICENSED SURVEYOR dan JUPEM.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...