Saturday, November 6, 2010


..............................
umo aq 13 taun,A,B,C. kami 13 taun,,hehe,,emm.. kami kenal kat teratak tu, High school, aq kenal A masa aku langkah ke f1.. masuk kelas
aq: mak aih, ramai doe geng dia, majoriti sume geng dia,,aduuii..
kami mula kenal masing-masing masa kat dalam kelas tuh. sepanjang aq ada kat dalam dunia f1 aq, aq dah mula nak kenal hidup zaman remaja, aq ngan A dan yang lain..hehe..jeng3....masa kat f1 aq mula suke kat someone, haa.. kenapa la ngan aq sampai aq jadi syok kat dia, Ya Allah, macam tak da yang lain.

masuk lak ke tingkat dua, kami dah mula besar, makin tinggi, makin nak tua..
A dan aq berkawan lagi, tapi tak berapa nak rapat lagi, sehinggalah kemunculan si C ini. aq mula mengushar si C. kononnya nak kawan la. kami kawan dan jadi kawan.
waktu ne, aq masih ada hati dan perasaan kat si mamat ntah mane ntah. aq kawan ngan si C dan si A. kami kawan sampaila kami menuju ke tingkat 3.

kami mula rapat, disini bermulalah kehidupan kami bertiga...
A,C,aq...
study tu tak kisahla, sebab aq ne jenis pemalas, dieorang lak alahai, ulat buku la juga, antara kami bertiga aq la yang paling malas dan otak aq paling lembap. sampaikan aq tak dapat nak kejar dieorang.kami bertiga telah tercampak ke alam silat. ketiga-tiga join, kejap je. si A cepat-cepat 'quit'.. tapi antara kami bertiga, si A la yang paling ganas, agak pelik dia tak nak join silat..hahaha
aq dan si C la juga join. bola baling pon kami tak pernah lupakan, tapi yang ne si C plak la yang 'quit'... sumenye tak sempurna.
exam dah dekat, bertungkus-lumus kami study nak dapat result yang gempak. kami semua lulus. si A dan C dapat sama banyak "A" dan aq pula lari la sikit dari dieorang result tu.hehe..biasala..

kami melangkah ke tingkat 4..yaaa,,toint toint..ehehe.. masa ne pula akan berlakunya pula kisah kami yang seterusnya. si C dapat tawaran blaja ke tempat lain. masa ne kami bertiga diuji dengan keadaan yang ntah pape. padahal ini small matter je. punyerla susah nak lepaskan si C, berlakula banjir yang tak dikatakan banjir, banjir yang kuar dari mata...~~~ akhirnya kami relakan si C pergi..demi masa depannya.. walaupun jauh jarak kami, kami tetap bersama.

aq dan A melangkah ke tingkat 5, disinilah kami berjuang untuk 'future' kami. stdy smart. exam SPM akan bermula dan kami berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik. rumahtangga aq dan A bergoyang, dan terus bergoyang.. kami diduga dengan pelbagai cabaran. hubungan kami hampir retak dan telahpun reta..hihihih... sebabkan..tuuutttt... tapi kami hadapinya dengan baik. aq diuji dan A diuji untuk persahabatan kami juga,dan aq tau ini semua ujian dariNYA dalam persahabatan kami. dari sini, aq kenal semus perkara, aq mula jadi matang, boleh berfikir, banyak perasaan yang aq dapat.SPM bermula dan berlepas

keputusan keluar, aq dan A dapat result gempak..maybe,,ehehe.. apepun kami bersyukur.

dipendekkan cerita : aq dapat teruskan stdy aq ke IPTA, begitu juga dengan A dan C. namun aq dan A semakin rapat, ia merapatkan lagi hubungan kami. jauh di mata dekat di hati.. Alhamdulillah c bahagia dengan hidupnya sekarang. aq pun turut bahagia.

aq tercampak ke Pahang, A tercampak ke Kedah, dan C pula tercampak ke Kuala Lumpur. masing-masing jauh di mata, tapi masa kini dah canggih, guna 3G je. hahaha.. aq dengan kehidupan aq dan dieorang dengan kehidupan dieorang. aq dan A masih single (tu yang penting) tapi si C sudah berpunya. itu beza kami bertiga.
si A jadi nurse, tak sangka aq,,hahaha.. si C pulak under perubatan la juga. aq jer yang tercampak jadi land survey.. papepun, korang sume kawan aq, aq sayang korang

tulisan ne aq keluarkan semata-mata nak test menaip..hehehe... dan, cerita ne tak penuh sangat, kalau penuh, rasanya sehari la aq tak abis nak taip semua ne. so diringkaskan ceritanya. kisah aq, ayu dan ct..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...