Sunday, November 7, 2010

aq dan duniaku...


dah stahun setengah rupenye aq kat pahang ne, alahai, terasa sekejap je masa berlalu. dan terasa bebas, bebas dari lelaki. hahahahha....aq bebas bergerak kemana je, dengan kawan-kawan, tidak lagi terkongkong kalau ada "bf" tuuuttt..hehehe... i Luv u all my frens, kawan dunia akhirat. walaupun family jauh, aq tetap saangkan dieorang, dapat elakkan dari dosa aq terhadap mak abah aq kat sana..alhamdulillah..aq belajar erti hidup, hidup berdikari walaupun masih dalam tanggungan my grandmom yang sweet..hehe..
by the way, kawan la yang paling penting dari kekasih, itu yang aq tau..walaupun si Dia tak hadir lagi dalam hidup aq, but i still waiting for him, sapelah dia yang akan jadi ....aq..hehehe... letakkanlah aq dalam golongan yang beriman, ya Allah, aq tau dia dekat dengan aq, tapi belum masanya lagi, aq hanya mampu merancang dan Engkau yang menentukan segala-galanya.. moga kehadirannya dapat membimbing aq ke jalanMu.. amiin.. kawan-kawanku adalah segala-galanya bagiku slain daripada family ku...

Saturday, November 6, 2010

KERANA 'MATA'


"Nini, jom keluar outing petang ni. boring la dalam bilik je."

"No hal, tapi ke mana??? aku tak nak ke jalan masjid india, ramai orang. macam duk kat negara bangla je..."

"tak la, jom gi mid, dengar kata kat sana ada PC fair. Aku nak beli Karspersky ni. Tak boleh hidup la tanpa laptop."

"Aik, kenapa pulak? bukankah laptop kau okey je aku tengok. baru je semalam aku copy cerita Twilight kan.."

"Okay tu memang la. tapi laptop tu tak ada antivirus. takut jugak rosak, terkena virus. Zaman sekarang ni, macam2 virus ada. Rasa tak selamat je.."

"ok, ok.. petang ni kita keluar lepas zohor. Meet you then..."

"Bye..."

Petang itu, kami keluar sekali, rupanya ramai lagi member2 yang bercadang ke MID VALLEY. Dalam Rapid KL tu, aku terus mencari tempat duduk kosong supaya tak jenuh berdiri nanti. Sewaktu bas berhenti di depan PPUM, aku terlihat seorang pak cik yang buta kedua-dua belah matanya terkapai- kapai mencari tempat kosong untuk berdiri. Nasib baik ada seorang pemuda yang baik hati, memimpin tangan pak cik yang buta itu ke tempat duduknya. dan tempat duduknya betul- betul bersebelahan denganku. sesekali, aku cuba menipiskan telinga untuk mendengar perbualan antara pemuda tu dengan pak cik tadi. Apa yang menarik minatku adalah kata- kata pemuda itu tadi: "BERUNTUNG PAK CIK, DAPAT JAGA DIRI DARI MAKSIAT MATA. RAMAI YANG ADA NIKMAT MELIHAT, TAPI DIGUNAKAN UNTUK SIA-SIA DAN DAPAT DOSA DENGAN MUDAH JE".. Aku terdiam, mencari maksud yang tersirat di sebalik kata- kata itu.. Entah kenapa, hati terasa seperti tercucuk dengan jarum tajam, terasa berpeluh seluruh badan.. "Allahuakbar...." lafaz mulia itu terkeluar tiba2 tanpa diminta..

Di Mid Valley, aku melunaskan hajatku untuk membeli karspersky dan seterusnya, kami singgah makan di restoran. Suasana yang sungguh sibuk dengan manusia. Kepalaku pening dengan pelbagai bau, sekejap bau perfume, sekejap bau Indians yang sememangnya aku tak suka. Tanpa sedar, aku terlanggar seorang mak cik sewaktu bersesak- sesak di pintu keluar. Mak cik yang besarnya 2 kali ganda daripadaku menengking aku di khalayak ramai, " lain kali, pakai mata waktu jalan. Ada mata, tapi tak guna..". Terkebil- kebil aku bila dimarahi sebegitu rupa di tempat awam,teramat malu dengan orang yang memandang. Tanpa sempat meminta maaf, mak cik itu berjalan laju masuk ke mid valley. Nini hanya senyum memandangku dan berkata, "mak cik, mak cik, cepat marah, cepat tua. bukannya kita sengaja pun". Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya berfkir tentang 2 peristiwa yang berlaku hari itu, keduanya berkait dengan MATA.

Kami tiba di kampus dalam pukul 5. selepas makan di kafe, aku terus menghubungi teman rapatku untuk membantu setup antivirus. aku ni buta IT. takut jadi seperti tikus membaiki labu. Dan akhirnya, laptopku kini telah selamat dari anasir luar (virus). "Lepas ni, bolehlah nak copy drama dan movie dengan nita, copy lagu dengan nia.wahh, bestnya.." gumamku sendiri. Tapi anganku dimatikan dengan bicara lembut Liya, " semua orang takut kalau laptop tiada antivirus. katanya, takut virus masuk. Tapi HATI KITA PULA BAGAIMANA, ADAKAH KITA PASANG ANTIVIRUS?" Tanyaku, " antivirus hati ada jugak ke? macam mana?" .pelik jugak, x pernah lagi dengar tentang hati pun ada antivirus. Jawab Lia, " Pernah terbaca dalam buku 3T ( Taubat, Tasbih, Tahajud) bahawa hati manusia ni seperti internet. Advance kan? Tiap masa, kita dapat mengakses dan menilai peristiwa yang berlaku di keliling kita. baik atau buruk, cantik atau hodoh.. Jadi, hati kita ni sentiasa bergelojak. Ibn Qayyim ada berkata: FREKUENSI GELOMBANG HATI BAGAIKAN GELOJAK AIR YANG SEDANG MENDIDIH. Tapi biasalah kita kan manusia biasa, terkadang iman naik, kadang iman turun. waktu iman turun tu la, pentingnya antivirus hati iaitu zikir, solat, baca quran , tahajud. Andai di fikiran waktu tu terlintas nak lakukan dosa, aktifkan antivirus tu: segera istighfar, baca a'uzubillah, baca 3 qul, ambil wudhu' dan jauhi sumber maksiat tu... biasanya kita selalu risau kalau tidak update antivirus, selalu scan dan buat disc clean up, takut laptop rosak. TAPI BAGAIMANA ANTIVIRUS HATI KITA? SELALU UPDATE TAK?"

Zupppp, kata- kata Liya menyentap jiwa yang sememangnya jarang dengan semua itu.

Malam itu, aku buka radio IKIM (91.5 fm untuk selangor), kebetulan waktu tu seoarang pemanggil meminta lagu Saksi dari kumpulan Rabbani feat Mawi.. sungguh, liriknya begitu tajam menusuk sanubariku, "tangan berkata apa dilakunya,kaki bicara ke mana ia melangkah,mata bersuara apa pandangannya,telinga bercerita apa yang didengar".... tanpa kusedar, air mata mengalir laju membasahi pipi. Teringat perbualan pemuda dengan pak cik di atas bas tadi,"BERUNTUNG PAK CIK, DAPAT JAGA DIRI DARI MAKSIAT MATA. RAMAI YANG ADA NIKMAT MELIHAT, TAPI DIGUNAKAN UNTUK SIA-SIA DAN DAPAT DOSA DENGAN MUDAH JE"..Tiba- tiba, dadaku sebak, hatiku rasa teramat menyesal. Astaghfirullah, mataku sering memandang dosa,mulutku selalu berkata dusta, telinga mendengar umpatan dan lagu yang lagha. Ya Allah, betapa jauh diriku dari Allah. I think that I lost something precious before. terasa hati ini kosong. lesu. lemah... Ya, hidayah Allah boleh datang bila- bila sahaja, dan aku berjanji: 'Iffah kini takkan sama dengan 'Iffah dulu. AKU AKAN BERUBAH !!! Langkah pertama, aku menelefon ibu ayah di kampung memohon maaf dan memohon restu dari mereka kerana doa ibu ayah itu mustajab.. Sungguh, sebelum ini,aku seorang anak yang keras kepala dan malas. Hidupku sewaktu cuti sem hanyalah di depan laptop dan tv semata, jarang sekali membantu ibu di dapur. pasti mereka sering berkecil hati denganku. Tapi, mereka jarang memarahiku, mungkin mereka fikir aku ingin qada' semua ini setelah penat study sewaktu di kampus. Ya lah, 3 sem berturut- turut, aku berjaya mendapat Dean's List." Ya Allah, aku ingin berubah, bantulah hambaMU" doaku sendirian. Lantas, aku mengambil wudhu' dan membuka diari. Larut dalam rasa taubat, luahan hati tanda penyesalan atas dosa lalu.............





Ya Allah,

tika melihat pada diriku ini,

terasa malu untuk menghadapMU Ya Rabbi,

sering aku lewatkan seruan azan tuk menghadapMu Ya Rahman,

berapa lama masaku dengan al quran?

apakah amal istiqomah yang aku lakukan?

mengapa selalu malas ulang kaji pelajaran?

sering kulaku dosa di kala bersendirian,

nikmat pancaindera selalu kuabaikan,

untuk tujuan kemaksiatan,



Ya Allah,

berikan aku keampunan,

tunjukkan aku jalan kebenaran,

agar diri tidak sesat dengan hasutan syaitan..



Alhamdilillah,

kini aku kembali menujuMu,

aku berjanji pada diri,

untuk mencari antivirus hati,

agar hatiku kebal dengan taqwa dan iman,



~tamat ( )~



p/s: cerita ini diadaptasi dari pengalaman kat bus stop di sentral market, sewaktu menunggu my brother untuk pergi ke batu pahat waktu sem lepas. waktu tu, berbual dengan sepasang suami isteri yang buta di bus stop. terdetik di hati, untung mereka, terjaga dari maksiat mata yang macam2 ada di luar sana: perpuan seksi x tutup aurat, pasangan yang belum halal aksinya mengalahkan pasangan halal, dan macam2 lagi. segala yang baik dari Allah, segala yang buruk dari kekurangan diri.

..............................................................................................................

Moral of the story:

1) Janganlah lagha dengan cerita korea, atau pape je la. hanya membuang masa, tambah leka dan tambah maksiat mata. Sedarlah, umat islam di palestin tidak pernah punya masa bersenang lenang seperti kita. jangan siakan laptop yang dibeli oleh ibu bapa tersayang untuk tujuan sia-sia. gunalah sebaiknya untuk mendapat pahala.


2) gunakan nikmat pancaindera yang Allah anugerahkan dengan sebaiknya. "Pada hari ini (hari kiamat), Kami tutup mulut mereka, tangan dan kaki mereka akan memberikan kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" Yaasin: ayat 65.


3) jangan cepat marah. Jom kita tengok 1 kisah yang terjadi pada zaman khalifah Makmun yang terkenal dengan institut terjemahan pertama dunia iaitu Baitul Hikmah. Institut itu aktif menterjemah karya dari eropah seperti karya Plato dan Aristotle ke bahasa arab. Tetapi, golongan ulama' menentang khalifah Makmun. Pada suatu hari, beliau mendengar seorang khatib mengkritiknya sewaktu khutbah di masjid Basrah.Setelah selesai solat jumaat, beliau menemui khatib tersebut dan bertanya, "apa pendapat tuan, siapakah yang lebih baik antara tuan khatib dan nabi Musa?" "Sudah tentu Nabi Musa," jawab khatib itu. " kamu benar. Sekarang, siapa yang lebih jahat antara saya dan firaun menurut pendapat tuan?" Khatib itu terdiam sebentar, dan kemudian menjawab, "tentulah Firaun lebih jahat daripada Tuanku".. Lalu khalifah Makmun berkata, "Maaf Tuan, Seingat saya, Firaun itu amat jahat orangnya, malah mengaku dirinya sebagai Tuhan. Namun, Allah tetap memerintahkan Nabi Musa berbicara dengan kata-kata yang lemah- lembut kepada Firaun. tolong bacakan ayat quran yang menyebutkan arahan itu." Khatib itu dengan tergagap-gagap membaca ayat 44 dalam surah Taha, "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat ataupun takut".. kemudian, Khalifah Makmun berkata, "sekarang, bolehkah saya meminta tuan menegur saya dengan bahasa yang lebih sopan? ini memandangkan saya tidaklah sejahat Firaun dan tuan tidaklah sebaik nabi Musa. haa, tengoklah berhikmahnya Khalifah Makmun ketika berdepan dengan suasana sebegini, jangan cepat melenting..

4) selalulah update antivirus hati dengan zikrullah. sesungguhnya terlalu banyak virus bahaya di luar sana, dengan isu IFF nya, macam2. pastikan ada amalan kita yang istiqomah walau sedikit. contoh: wajibkan diri untuk membaca al-quran at least 5 m/s dalam sehari, solat maghrib, subuh dan isya' secara berjema'ah, baca ma'thurat, dan selawat pada Nabi di waktu lapang.

5) carilah dan jadilah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita pada Allah dan mengingatkan kita pada mati. Sesungguhnya, ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat, ingat mati akan memadamkan rasa bertangguh untuk kerjakan ketaatan, ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati.

6) taatlah pada ibu ayah dan gembirakanlah hati mereka selagi mereka masih bersama kita. jika hati terasa kosong atau rasa gelisah, telefonlah mereka bertanya khabar. Untuk abi dan ummi: terima kasih kerana mendidikku dengan penuh kasih sayang dan didikan agama. kak sayang umi abi kerana Allah.

..............................
umo aq 13 taun,A,B,C. kami 13 taun,,hehe,,emm.. kami kenal kat teratak tu, High school, aq kenal A masa aku langkah ke f1.. masuk kelas
aq: mak aih, ramai doe geng dia, majoriti sume geng dia,,aduuii..
kami mula kenal masing-masing masa kat dalam kelas tuh. sepanjang aq ada kat dalam dunia f1 aq, aq dah mula nak kenal hidup zaman remaja, aq ngan A dan yang lain..hehe..jeng3....masa kat f1 aq mula suke kat someone, haa.. kenapa la ngan aq sampai aq jadi syok kat dia, Ya Allah, macam tak da yang lain.

masuk lak ke tingkat dua, kami dah mula besar, makin tinggi, makin nak tua..
A dan aq berkawan lagi, tapi tak berapa nak rapat lagi, sehinggalah kemunculan si C ini. aq mula mengushar si C. kononnya nak kawan la. kami kawan dan jadi kawan.
waktu ne, aq masih ada hati dan perasaan kat si mamat ntah mane ntah. aq kawan ngan si C dan si A. kami kawan sampaila kami menuju ke tingkat 3.

kami mula rapat, disini bermulalah kehidupan kami bertiga...
A,C,aq...
study tu tak kisahla, sebab aq ne jenis pemalas, dieorang lak alahai, ulat buku la juga, antara kami bertiga aq la yang paling malas dan otak aq paling lembap. sampaikan aq tak dapat nak kejar dieorang.kami bertiga telah tercampak ke alam silat. ketiga-tiga join, kejap je. si A cepat-cepat 'quit'.. tapi antara kami bertiga, si A la yang paling ganas, agak pelik dia tak nak join silat..hahaha
aq dan si C la juga join. bola baling pon kami tak pernah lupakan, tapi yang ne si C plak la yang 'quit'... sumenye tak sempurna.
exam dah dekat, bertungkus-lumus kami study nak dapat result yang gempak. kami semua lulus. si A dan C dapat sama banyak "A" dan aq pula lari la sikit dari dieorang result tu.hehe..biasala..

kami melangkah ke tingkat 4..yaaa,,toint toint..ehehe.. masa ne pula akan berlakunya pula kisah kami yang seterusnya. si C dapat tawaran blaja ke tempat lain. masa ne kami bertiga diuji dengan keadaan yang ntah pape. padahal ini small matter je. punyerla susah nak lepaskan si C, berlakula banjir yang tak dikatakan banjir, banjir yang kuar dari mata...~~~ akhirnya kami relakan si C pergi..demi masa depannya.. walaupun jauh jarak kami, kami tetap bersama.

aq dan A melangkah ke tingkat 5, disinilah kami berjuang untuk 'future' kami. stdy smart. exam SPM akan bermula dan kami berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik. rumahtangga aq dan A bergoyang, dan terus bergoyang.. kami diduga dengan pelbagai cabaran. hubungan kami hampir retak dan telahpun reta..hihihih... sebabkan..tuuutttt... tapi kami hadapinya dengan baik. aq diuji dan A diuji untuk persahabatan kami juga,dan aq tau ini semua ujian dariNYA dalam persahabatan kami. dari sini, aq kenal semus perkara, aq mula jadi matang, boleh berfikir, banyak perasaan yang aq dapat.SPM bermula dan berlepas

keputusan keluar, aq dan A dapat result gempak..maybe,,ehehe.. apepun kami bersyukur.

dipendekkan cerita : aq dapat teruskan stdy aq ke IPTA, begitu juga dengan A dan C. namun aq dan A semakin rapat, ia merapatkan lagi hubungan kami. jauh di mata dekat di hati.. Alhamdulillah c bahagia dengan hidupnya sekarang. aq pun turut bahagia.

aq tercampak ke Pahang, A tercampak ke Kedah, dan C pula tercampak ke Kuala Lumpur. masing-masing jauh di mata, tapi masa kini dah canggih, guna 3G je. hahaha.. aq dengan kehidupan aq dan dieorang dengan kehidupan dieorang. aq dan A masih single (tu yang penting) tapi si C sudah berpunya. itu beza kami bertiga.
si A jadi nurse, tak sangka aq,,hahaha.. si C pulak under perubatan la juga. aq jer yang tercampak jadi land survey.. papepun, korang sume kawan aq, aq sayang korang

tulisan ne aq keluarkan semata-mata nak test menaip..hehehe... dan, cerita ne tak penuh sangat, kalau penuh, rasanya sehari la aq tak abis nak taip semua ne. so diringkaskan ceritanya. kisah aq, ayu dan ct..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...