Saturday, August 21, 2010

aq?

Bru teRasa nak bnafas kembali, tapi apakah daya aku, bukan rezeki aq kot,,hehe...kengkawan,,aq? sedih,,,,...kuciwasss....but why?? huhu...aq sendiri yang perangkap diri aku dan jadi macam ne,,,aku tak minta kan..apa yang korang akan rasa kalau korang sendiri rasa macam aku, kecewa.........dari segi cinta....

Sunday, August 15, 2010

boLeh aku share something?? ape yang aku rasa sekarang? what happen to me? my life?..hmmmmm
kenapa cinta tu hadir dalam diri aku? ape yang aku fikir sekarang ne, dan ape yang aku nak sebenarnya?? aku buntu, nak membuat keputusan dalam sesuatu perkara bukannya mudah, tapi aku juga ada pendirian, aku dah dewasa untuk memikirkan tentang semua ne... aku bosan dengan hidup aku sekarang, amat membosankan, hari-hari benda yang sama juga aku kena buat. hmm..hanya mampu mengeluh, tapi actually mengeluh ne tak 'ok'..hehehe...so boring!!! bila tengok orang ada pakwe, bahagia je, kuar sesama, ada pape, share,, terasa disayangi,.aku jugak nak terasa ada pakwe..tapi apakan daya aku, aku tak layak untuk semua tu lagi kot, belum masanya lagi kan? hehehe...aku kuatkan semangat...bila difikirkan kembali, aku masih dihantui dengan kisah lama aku, aku menyesal!!! kenapa???!!!! semua tu tak dapat nak di ubah semula, so aku terima walaupun aku tak boleh nak terima semua tu...
bila orang cakap pasal family, aku diamkan je, sebab aku tau, tak banyak mane cerita antara aku dengan family aku..so, aku just dengar member aku cerita.. aku bohong! hehehe...alaa..skali sekala kan..
kawan..aku bahagia ada kawan, tanpa kawan siapala aku kan?....kawan ada banyak jenis, aku tak berapa nak aham sangat tentang kawan ne..tapi aku follow je, nak jaga hati kawan ,kenala ok kan..apa makna berkawan?berkawan ada juga kerana rupa. memilih la konon,ada kerana harta..nak hidup standard la konon, jaga personaliti.huhuh.. ada juga kerana nak dapatkan sesuatu,tapi aku juga pilih kawan, kawan yang mana ada masa kita susah dan juga masa kita senang,...
aku bersyukur aku dapat hidup berkawan ne,,tapi kekadang da juga la rasa sakit hatinya tu,,hehehe...al maklumla kan, adat berkawan...

Saturday, August 7, 2010

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

http://farm4.static.flickr.com/3127/2667649053_480d850059.jpg?v=0


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...